Pelancong Yang Datang Ke Australia Perlu Dikuarantin Walaupun Sudah Divaksin );

Type to search

Backpackerz Berita

Pelancong Yang Datang Ke Australia Perlu Dikuarantin Walaupun Sudah Divaksin

Avatar
Share

Kerajaan Australia mempunyai perancangan Bagi meningkatkan jumlah kedatangan dari luar negara, walaubagaimanapun pelancong yang telah menerima vaksin COVID-19 masih perlu menjalani kuarantin di hotel selama dua minggu dengan perbelanjaan mereka sendiri.

Ketua pegawai perubatan Australia, Paul Kelly menyatakan keputusan ini adalah disebabkan masih tidak cukup bukti mengenai kemampuan vaksin untuk menghalang penularan virus.

Australia

Terdapat had ketat mengenai berapa banyak penduduk Australia yang dapat pulang setiap hari, dan mereka mesti melalui tempoh kuarantin wajib. Ini kerana sistem kuarantin hotel terbukti sangat efektif dalam membendung penyebaran virus, beberapa kes lokal yang terpencil muncul dari kelemahan tempoh kuarantin hotel.

Perkara berlaku apabila staf hotel dijangkiti virus tersebut dan menyebarkannya ke kelompok masyarakat. Keadaan ini menyebabkan penutupan kemasukkan sementara di Brisbane, Melbourne dan Perth.

Ini juga menimbulkan kegusaran pihak berkuasa dengan penyebaran jenis virus yang lebih ganas dan kesukaran membendung virus jenis ini.

Perdana menteri, Scott Morrison, mengatakan bahawa negara akan memperluas kapasiti kem kuarantin Outback yang dikendalikan oleh kerajaan, yang akan mengurangi risiko penularan ke kawasan kota yang padat.

Tiga lokasi terpencil telah dikenal pasti. Namun, juga diakui dengan mengangkut pelancong ke kemudahan ini juga boleh menimbulkan risiko.

Menguji potensi virus ketika sampai dengan lebih kerap dan tempoh kuarantin lebih lama juga sedang dipertimbangkan pihak berkuasa.

Sumber
Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!