Deepavali - Sambutan Norma Baharu Dan Kawalan SOP Yang Ketat Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Berita Lifestyle

Deepavali – Sambutan Norma Baharu Dan Kawalan SOP Yang Ketat

Share

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelang perayaan Deepavali pada 14 November ini, setiap kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilarang sama sekali untuk merentas daerah ataupun negeri. Norma baharu ini perlu diikuti oleh semua rakyat Malaysia.

Perkara tersebut telah pun mendapat persetujuan pada sidang khas harini di pembentangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang ingin menyambut perayaan Deepavali.

https://twitter.com/onenewsofficial/status/1324318897760133120

Menurutnya lagi, esemua penganut Hindu yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKPB dibenarkan untuk meraikan dan mengadakan upacara keagamaan mereka tetapi hanya boleh dilakukan pada hari pertama sahaja dengan mengikut segala SOP yang telah disediakan.

Tambahnya lagi, segala upacara keagamaan di rumah ibadat dan ziarah menziarahi di kawasan PKPD adalah dilarang kerana ingin mengawal peningkatan wabak Covid-19 di kawasan tersebut.

Manakala di kawasan PKPP dan PKPB, kuil dan rumah ibadat hanya dibuka dari waktu 7 pagi hingga 12 tengah hari dan hanya seramai 30 orang sahaja yang dibenarkan hadir dan masuk dengan kawalan yang ketat.

Hindu, Malaysia, Asia, Candi, Agama

Semasa sesi sembahyang dilakukan, mereka perlu membahagikan kepada lima sesi iaitu bersamaan 30 minit dalam satu sesi dan setersunya 30 minit untuk operasi sanitasi. Pembahagian manisan dilakukan dan diagihkan secara berbungkus kepada penganut yang datang dan mereka perlu beredar dengan segera setelah selesai urusan mereka.

Sama seperti kawalan di Hari Raya Aidilfitri, sambutan ziarah bagi Deepavali di rumah juga memaksimakan seramai 20 orang sahaja yang terdiri daripada keluarga terdekat.

Kerajaan mengharapkan agar semua masyarakat patuh dengan SOP yang dikeluarkan bagi memutuskan rangkaian Covid-19 yag kian hari makin meningkat.

Sumber: Bernama

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!