Destinasi Yang Tidak Boleh Lawat Pada Tahun 2022 );

Type to search

Backpackerz Berita Isu

Destinasi Pelancongan Popular Yang Anda Tidak Boleh Lawat Pada Tahun 2022

Share
tidak

Berita baik untuk anda yang suka travel! Bermula tahun 2022 banyak destinasi dijangka akan dibuka untuk pelancong luar negara.

Namun, masih ada beberapa lokasi yang tidak dibuka kerana sedang menjalani pemuliharaan untuk penambahbaikkan di tempat-tempat tarikan pelancong.

BACA JUGA: Belum Lagi Dibuka & Dilancarkan, Menara 118 Ke-2 Tertinggi Dunia Telah Dicemari Isu Vandalisme

The Haiku Stairs, Oahu, Hawaii

Popular dengan panggilan ‘tangga ke syurga’ oleh pengunjung. Laluan pendakian yang cantik dan mendamaikan ditutup secara rasmi pada tahun 1980-an.

Tapi ia bukanlah satu halangan kepada para pengunjung. Masih ada lagi penunjung mendaki secara haram hingga menyebabkan kecederaan.

Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Honolulu telah membuat keputusan untuk menutup atau menghapuskan tangga tersebut sepenuhnya.

Jadi, tiada lagi laluan ‘haram’ untuk merasai keindahan ‘syurga’.

The Roosevelt Hotel, New York City

Hotel yang penuh dengan sejarah terletak di Midtown Manhattan, New York. Dibuka pada September 1924, dinamakan dengan penuh penghormatan kepada Presiden Theodore Roosevelt. Kini ditutup secara rasmi pada tahun 2020.

Lebih menyedihkan hotel yang beroperasi hampir 100 tahun itu ditutup oleh kerana pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, bangunan Roosevelt masih kekal di lokasi yang sama untuk mengenangkan sejarah, hasil seni dan dijadikan tempat pelancongan.

One Liberty Observation Deck, Philadelphia

Sayangnya salah satu destinasi yang digemari pelancong iaitu dek pemerhati, One Liberty Place telah ditutup semasa pandemik COVID-19 kerana kekurangan pengunjung.

Pemandangan dari tingkat 57 menjanjikan keindahan sekitar City of Brotherly Love, Philadelphia.

Smithsonian Air and Space Museum, Washington, DC

Muzium yang popular ini terletak di Amerika Syarikat yang kini sedang dalam pengubahsuaian secara besar-besaran.

Muzium akan ditutup sekurang-kurangnya enam bulan pada tahun 2022 untuk siap sepenuhnya.

Kira-kira 1,400 barang pameran baru akan di pamerkan dan ruang pameran lebih luas untuk pengunjung.

Marble Arch Mound, London

London adalah salah satu destinasi kegemaran ramai. Pernah menjadi tempat tarikan pelancong pada Julai 2021, Marble Arch Mound iaitu bukit buatan manusia setinggi 25 meter.

Namun, kebanyakkan pihak telah membantah tempat ini kerana dikatakan seperti ‘timbunan runtuhan yang belum selesai’.

Dianggap ‘tarikan terburuk London’, Marble Arch Mound ditutup sepenuhnya pada Januari 2022.

Stalheimskleiva Trail, Vestland, Norway

Siapa yang sukakan perjalanan yang berliku-liku memang tidak akan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman memandu di Stalheimskleiva Trail.

Salah satu jalan paling curam di Scandinavia yang menghubungkan dua air terjun yang sangat cantik terletak di Nærøydalen Valley yang juga termasuk dalam senarai tempat Warisan Dunia UNESCO.

Jalan tersebut kini sedang menjalani kerja penyelenggaraan hingga tahun 2022 dan masih tiada tarikh rasmi untuk pembukaan semula jalan tersebut buat setakat ini.

The Yellow Pumpkin, Naoshima Island, Japan

Arca labu kuning yang besar bercorak ‘polka dots‘ yang direka oleh artis Jepun, Yayoi Kusama.

Tragedi taufan yang dasyat menyebabkan arca labu kuning yang menjadi tarikan pelancong musnah dan dihanyutkan.

Walaupun The Benesse Art Site iaitu pihak muzium berjaya mendapatkan serpihan labu kuning, tetapi masih tidak dapat menyempurnakan sebuah labu besar yang terkenal.

The Peak Tram, Hong Kong

The Peak Tram adalah kereta api yang membawa pelancong ke puncak Pulau Hong Kong yang menawarkan pemandangan pelabuhan dan bangunan pencakar langit di kawasan tersebut.

Kereta api berwarna merah buat penampilan pertama pada tahun 1989 tetapi kini tram ini ditutup pada Jun 2021 untuk sesi pemulihan.

Tarikh pembukaan semula The Peak Tram masih lagi belum diumumkan.

Fraser Island, Queensland, Australia

Wow! Keindahan pantai yang memukau. Tapi, kenapa tutup? Oh, tidak! Ini berita baik kepada pecinta laut, Pulau Fraser bukanlah ditutup tetapi ditukarkan nama kepada nama asalnya iaitu ‘K’Gari’.

K’Gari yang membawa maksud ‘syurga’ dalam bahasa Butchulla.

Jangan risau, pulau ini masih beroperasi seperti biasa, anda boleh masukkan pulau ini dalam jadual perjalanan anda!


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!