32 Tahun Hidup Sendirian Di Pulau Budelli Itali, Lelaki Ini Terpaksa Tinggalkan 'Kediaman' Itu );

Type to search

Backpackerz Berita

32 Tahun Hidup Sendirian Di Pulau Budelli Itali, Lelaki Ini Terpaksa Tinggalkan ‘Kediaman’ Itu

Izzah Yusof
Share
pulau budelli

Seorang lelaki Itali terpaksa meninggalkan Pulau Budelli di mana ia merupakan tempat tinggalnya sejak 1989, setelah mendapat tekanan dari pihak berkuasa.

Mauro Morandi, 81 tahun, berpindah ke Budelli di utara Sardinia dan telah menetap bersendirian di pulau tersebut selama 32 tahun sejak tahun 1989.

pulau budelli

Sejarah perjalanan Morandi ke Pulau Budelli

Sering dilabel sebagai “Italy’s Robinson Crusoe”, Morandi, yang berasal dari kota Emilia-Romagna di Modena, ‘tersangkut’ di Budelli apabila kapal catamarannya hancur ketika dalam perjalanan ke Pasifik Selatan.

Dijadikan cerita, secara kebetulan dia mendapati bahawa penjaga asal pulau itu akan bersara.

Oleh itu, Morandi mengambil keputusan untuk menghentikan perjalanan pelayaran dengan menetap di sebuah pulau di luar Sardinia yang terkenal dengan pantai berpasir merah jambu.

pulau budelli

Ancaman yang diterima

Walaupun sudah lebih tiga dekad menjadi penjaga di Pulau Budelli, itu tidak menjadikannya sebagai pemilik tetap pulau tersebut.

Peranannya di Pulau Budelli dengan serta-merta terkubur begitu sahaja selepas Taman Nasional La Maddalena mengambil alih pemilikan pulau itu pada tahun 2015.

Akur dengan perintah yang diarahkan oleh pihak berkuasa, Morandi bakal berpindah ke sebuah flat kecil yang berhampiran dengan pulau La Maddalena.

“Hidup saya tidak akan berubah banyak, saya masih akan melihat laut,” kata Morandi ketika ditemu bual oleh BBC

pulau budelli

Harapan Morandi

Menurut bekas guru itu, dia akan pergi dan berharap Budeli akan dilindungi seperti apa yang telah dia lakukan selama 32 tahun lalu sebagai penjaga di sana.

“Saya pernah menghalau dua orang pelancong yang ingin menceroboh pantai merah jambu yang terlarang ini,”

“Selain itu, saya sering membersihkan sampah di sekitar pulau dan menghalang penceroboh dari masuk ke sini untuk melakukan kekacauan pada waktu malam. Sebenarnya, saya adalah satu-satunya manusia yang selama ini menjaga Budelli, melakukan tugas pengawasan yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berkuasa taman”, katanya lagi.

Kali terakhir Morandi meninggalkan Budelli adalah pada tahun 2018, untuk melawat anak-anaknya di Modena. Makanan dihantar kepadanya dengan kapal dari pulau utama Maddalena, dan sistem suria buatan sendiri bagi  menghidupkan lampu, peti sejuk dan sambungan internetnya.

Walau bagaimanapun, kenangan manis Morandi sepanjang hidup sendirian selama 32 tahun di Pulau Budelli itu turut dikongsikan di laman sosialnya seperti Facebook dan juga Instagram.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!