Dua Warga Negara Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Banjaran Hotsprings Retreat,Ipoh );

Type to search

Backpackerz Berita

Dua Pengunjung Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh di Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh

Avatar
Share

Satu kejadian tanah runtuh di Banjaran Hotsprings Retreat,Tambun telah berlaku pada awal pagi tadi dan meragut dua nyawa yang tertimbus dalam kejadian tersebut.

Kedua mangsa tersebut dijumpai di dalam sebuah bilik yang menempatkan jakuzi di salah sebuah villa yang berada di kawasan resort tersebut.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, mereka menemui mangsa yang pertama iatu seorang lelaki, Lee Tze Jun, berumur 32 tahun kira-kira 9.55 pagi dan mangsa kedua ditemui lima minit kemudian merupakan seorang wanita, Ooi Chee Wei, 39 tahun dimana kedua-kedua mereka merupakan warga negara.

“Kedudukan kedua-dua mangsa amat dekat dan mereka dijumpai berselang lima minit sahaja,”

“Hubungan mangsa berdua masih belum dikenal pasti dan pihak yang berkaitan akan melakukan siasatan awal mendapati terdapat kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira di kawasan cerun salah satu bukit di situ,” tambahnya lagi.

Menurut beliau, proses mengeluarkan kedua-dua mangsa mengambil masa dan penangguhan beberapa kali kerana masih terdapat beberapa pergerakan tanah dan pengaliran air. Mereka meyambung kembali misi mereka setelah mendapatkan nasihat dari pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak untuk menggunakan backhoe menggali tanah tersebut.

Kejadian berlaku apabila kakitangan resort disitu tersedar berlakunya tanah runtuh kira-kira pukul 1 pagi dan mengarahkan kesemua penginap resort di situ menyelamatkan diri tetapi kedua-dua mangsa terperangkap.

Mayat kedua-dua mangsa telahpun dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.

Sumber: Astro Awani, The Sunway Hotel

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!