e-CNY: China Bina Platform Pembayaran Digital Khusus Buat Pelancong Asing );

Type to search

Asia Backpackerz Berita

e-CNY: China Bina Platform Pembayaran Digital Khusus Buat Pelancong Asing

Share
wang

Sistem pembayaran secara digital semakin berkembang pesat kebelakangan ini dan ianya telah menjadi sistem yang dominan di negara China.

Walaubagaimanapun, dua aplikasi pembayaran mudah alih utama di China iaitu ‘Tencent’ dan ‘Alibaba’ memerlukan pengguna untuk mempunyai sambungan dengan akaun bank domestik.

Ianya secara tidak langsung menyekat pengunjung negara luar daripada menggunakannya.

pembayaran

Namun begitu, baru-baru ini People’s Bank of China telah berusaha untuk mengembangkan wang versi digital, yang dikenali sebagai e-CNY khusus untuk para pelancong sahaja.

Pengunjung asing yang berada di China boleh membuka akaun e-wallet CNY untuk memenuhi keperluan pembayaran harian tanpa membuka akaun bank domestik.

pembayaran

Aplikasi ini direka berikutan rata-rata warganegara China lebih gemar menggunakan pembayaran digital berbanding wang tunai.

Difahamkan, setakat akhir bulan Jun ini, lebih daripada 20.87 juta dompet peribadi dan 3.51 juta dompet korporat telah dibuka, dengan nilai transaksi sekitar 34.5 bilion yuan ($ 5.39 bilion).

Sebelum ini, pelancong luar tidak mempunyai akses untuk menggunakan aplikasi ini kerana ianya hanya terhad kepada penduduk tetap di China, Hong Kong dan Macau sahaja.

pembayaran

Ianya pasti menjadi satu tarikan baru buat pelancong di China selepas ini.

Konsepnya sama seperti pembayaran melalui debit, cuma bezanya kita berada di negara China.

Mudah kan? Tak perlu bawa cash banyak-banyak kalau bercuti di China selepas ini!

 

Sumber: cnbc.com

 

Baca: (Video) China Sky Train – Tarikan Terbaru Kereta Api Berupa ‘Panda’ di Chengdu, China
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!