ESCAPE Cameron Highlands - Tarikan Taman Tema Terbaharu Menjelang 2023 );

Type to search

Backpackerz Berita

ESCAPE Cameron Highlands – Tarikan Taman Tema Terbaharu Menjelang 2023

Share

Pusat peranginan tanah tinggi Cameron Highland sentiasa menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara kerana keindahan bumi hijau dan suasana nyaman ditawarkan.

Lokasi percutian ini mempunyai pelbagai tarikan utama seperti ladang Teh Boh, Cactus Point, The Sheep Sanctuary, Kebun Strawberi dan banyak lagi.

Dahulunya dikenali sebagai pusat peranginan, kini Cameron Highlands bakal berubah wajah apabila sebuah taman tema terbesar di Malaysia akan dibina di kawasan tanah tinggi ini tidak lama lagi.

ESCAPE Cameron HIghlands merupakan taman tema yang bertemakan Eropah dan difahamkan, ianya akan menjadi edisi ketiga selepas pembukaann ESCAPE Pulau Pinang dan di Petaling Jaya.

Direka dan dibina oleh pemaju, Sim Leisure Group. Fasa 1 projek ini dijangka memakan masa 15 – 18 bulan dan mungkin akan dilancarkan pada suku pertama 2023.

escape

Fasa 1 ESCAPE Cameron Highland dijangka akan hadir dengan 20 jenis tarikan permainan dan antara yang terawal adalah permainan ‘dry ski’ di lereng bukit.

Pembinaan tapak permainan ski pertama di bumi bersuhu khatulistiwa ini akan menampilkan lif ski yang boleh membawa pengunjung menaiki puncak dan membolehkan pengunjung menuruni bukit melalui perjalanan trek ski sepanjang 1.2km.

escape

Merentasi lembah seluas 60 hektar dengan ketinggian 220-meter, ESCAPE Cameron Highlands akan menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk beroperasi.

Ianya sekaligus bakal menjadikannya sebagai sebuah taman tema berkonsepkan mesra alam semulajadi. 

Selain itu, pengunjung juga akan dihidangkan dengan permainan adventure terbaru, iaitu ESCAPE Gravity Play dengan berlatarbelakang lanskap hijau yang indah.

escape

Sebaik sahaja selesai pembukaan fasa 1, kerja-kerja pembinaan seterusnya akan diteruskan dengan fasa 2 dan 3 yang pastinya akan mempunyai lebih banyak tarikan serta kemudahan seperti penginapan, food & beverages, kawasan camping dan sebagainya.

Difahamkan, harga tiket masuk akan diselaraskan sama seperti di ESCAPE Theme Park yang lain iaitu di antara RM80 hingga RM160 sahaja.

escape

Mesti korang dah tak sabar kan nak berkunjung ke Cameron Highlands?

Penulis yakin pada ketika itu, keadaan pasti bertambah pulih dan segala sektor pelancongan domestik kembali beroperasi seperti biasa.

 

Sumber: hype.my

 

Baca: Syarikat ‘Paramount Pictures’ Bakal Bina Taman Tema Terbesar Asia Tenggara Di Bali
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!