Feri Dari Kuala Kedah ke Langkawi Dikurangkan );

Type to search

Backpackerz Berita

Feri Dari Kuala Kedah ke Langkawi Dikurangkan

Share
feri

Hanya satu perjalanan pergi dan balik disediakan untuk penumpang di Terminal Feri Kuala Kedah ke Pulau Langkawi bermula esok.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kepten Baharin Baharom, berkata perjalanan feri dari Kuala Kedah terpaksa dikurangkan susulan pelancong lebih memilih Kuala Perlis, berikutan jarak lebih dekat dengan pulau peranginan itu.

BACA JUGA: Feri Ikonik Pulau Pinang Bakal Berwajah Baru, Diubah Suai Jadi Muzium, Restoran & Feri Pelancongan

Beliau berkata, bagi Khamis dan Jumaat, pihaknya menyediakan perkhidmatan pada 1.30 petang di Kuala Kedah dan feri berlepas dari Pulau Langkawi pada 10.30 pagi.

“Bagi Sabtu hingga Rabu, perjalanan dari Kuala Kedah akan bermula 3 petang dan 12 tengah hari dari Langkawi.

Feri

“Jadual perjalanan dari Terminal Feri Kuala Perlis masih kekal dua perjalanan sehari,” katanya ketika dihubungi.

Baharin berkata, meskipun perjalanan dari Kuala Kedah berkurangan, pihaknya masih menerima banyak tempahan dengan 68 tiket ditempah secara dalam talian setakat semalam.

“Kalau ada sambutan, kita akan tambah feri dari semasa ke semasa untuk perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi bergantung pada permintaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid ketika dihubungi berkata, tempoh percubaan untuk satu perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Perlis hanya sehingga hujung bulan ini.

Katanya, pihaknya akan menambah perkhidmatan feri bergantung pada permintaan pelancong untuk ke Pulau Langkawi.

“Untuk di Terminal Feri Kuala Kedah, pelancong dari luar Kedah dan Perlis perlu menunjukkan surat kebenaran polis bagi gelembung pelancongan ini kepada pihak berkuasa.

“Selain itu, mereka juga perlu menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 sama ada melalui RT-PCR, RTK-Antigen serta ujian kendiri saliva sebelum dibenarkan menaiki feri,” katanya.

[Sumber: Berita Harian]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!