Ibarat Bernafas Semula, Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Diteruskan Selepas Kerajaan Lulus Peruntukan RM30 juta - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Ibarat Bernafas Semula, Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Diteruskan Selepas Kerajaan Lulus Peruntukan RM30 juta

Avatar
Share
Feri Pulau Pinang
  • Terdapat cadangan penggunaan bot katamaran untuk menggantikan khidmat feri Pulau Pinang.
  • Feri ikonik tersebut telah menghubungkan tanah besar di Butterworth, Seberang Perai dengan Penang sejak 1894.
  • Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mengumumkan bakal menukar perkhidmatan itu berkuat kuasa 1 Januari 2021.

Feri Pulau Pinang

Jika dihapuskan warisan dan kesinambungan sejarah pengangkutan awam laut tertua di negara ini, maka berakhirlah identiti Pulau Penang sejak berkurun lama.

Ramai pihak menyuarakan pandangan bahawa kerajaan Persekutuan perlu mempertimbangkan semula cadangan menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan jenis bot yang lain.

Semestinya penduduk sekitar pulau dan tanah besar di Seberang Prai pasti merindui perkhidmatan sebagai pilihan laluan antara jambatan pertama Pulau Pinang serta jambatan kedua selain turut menjadi tarikan bagi sektor pelancongan.

Feri Pulau Pinang
Foto - Rapid Ferry Penang

Berita baik yang baru sahaja dikongsikan BERNAMA sebentar tadi. Perkhidmatan feri ikonik Pulau Mutiara ini akan diteruskan mengikut syarat pembiayaan serta peruntukan yang telah diluluskan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi mengambil alih perkhidmatan feri yang tertua di Malaysia.


“Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan sebelum ini, ianya akan dibayar secara dua ansuran tahunan, iaitu RM15 juta untuk 2021 seperti yang diluluskan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

“Baki RM15 juta akan disediakan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri itu yang ikonik dan berwarisan,” jelasnya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 di Dewan Rakyat hari ini.


Susulan maklumat tular berkaitan penamatan perkhidmatan feri Pulau Pinang sebelum ini yang berkhidmat sejak 126 tahun lalu, bakal diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Januari manakala feri sedia ada hanya digunakan sebagai alternatif untuk pengguna motosikal serta basikal.

Feri Pulau Pinang

Seribu kali sayang jika warisan dan produk pelancongan ikonik ini ditamatkan begitu sahaja tanpa memberi kesan pada kesinambungan sejarahnya.

Terima kasih Kerajaan Malaysia atas keprihatinan yang ditunjukkan dan peruntukan RM30 juta bagi memelihara identiti Pulau Pinang. Teruskan menyokong industri pelancongan tempatan dengan norma baharu serta patuhi SOP gelembung perjalanan domestik. #KitaTegurKitaMenang

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!