Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi di Indonesia pada 8.09 malam, Isnin.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran dengan kedalaman 10 km itu telah berlaku pada jarak 194 km barat daya dari Gorontalo, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
