Ghairah Menikmati Keindahan Alam, 56 Pengunjung Ditahan Ceroboh Air Terjun Setinggi, Serendah );

Type to search

Backpackerz Berita

Ghairah Menikmati Keindahan Alam, 56 Pengunjung Ditahan Ceroboh Air Terjun Setinggi, Serendah

Share
ghairah

Keghairahan untuk menikmati keindahan alam semula jadi membawa padah. Seramai 56 pengunjung yang memasuki kawasan Air Terjun Setinggi, Serendah yang terletak di Hulu Selangor ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

Operasi dilakukan pengawai dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor ditemani pasukan polis setelah menerima aduan terdapat pendaki melalui rumah penduduk sekitar untuk melakukan aktiviti rekreasi ke air terjun itu.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata kepada Harian Metro, operasi dijalankan jam 10 pagi hingga 4 petang pada Sabtu, 25 September lalu.

ghairah

Kesemua individu berusia lingkungan 19 hingga 33 tahun itu ditahan pasukannya kerana ‘menceroboh’ kawasan air terjun berkenaan tanpa permit yang sah.

“Lanjutan daripada rungutan penduduk setempat yang mendakwa orang awam memasuki kawasan Air Terjun Setinggi tanpa permohonan yang sah telah melalui kawasan kediaman mereka”, katanya tadi.

Penduduk juga mendakwa pengunjung mengganggu kehidupan harian mereka dengan meletakkan kenderaan di bahu jalan rumah sehingga mendatangkan kerosakkan pada paip air, tong sampah dan meninggalkan sampah merata-rata.

Seramai 56 individu yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

ghairah

Buat pengetahuan pembaca, ketika ini Selangor masih di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selain itu, Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor tidak mengeluarkan permit masuk bagi tujuan merentas hutan, mendaki atau lain-lain tujuan rekreasi.

Memasuki hutan simpanan kekal tanpa permit yang sah merupakan satu kesalahan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan).

Sukacita diingatkan bahawa pengunjung dapat mematuhi peraturan sedia ada dan SOP yang telah ditetapkan. Keghairahan membawa padah! 

Alangkah baiknya orang ramai membuat pertanyaan atau merujuk kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atau Pejabat Hutan Daerah sebelum melakukan aktiviti merentas hutan, hiking serta camping bagi sesuatu lokasi hutan yang tidak diketahui statusnya.

ghairah

Teruskan membaca: Pengunjung lemas ketika mandi di Tasik Cermin, Shah Alam

Kredit foto: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Aizuddin Shah, My Hulu Selangor

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!