Google Perkenal 3 Fungsi Baharu Untuk Bantu Sektor Pelancongan 'Bernafas Semula'

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Google Perkenal 3 Fungsi Baharu Untuk Bantu Sektor Pelancongan ‘Bernafas Semula’

Share
baharu

Wabak Covid-19 kini masih lagi menghantui seluruh dunia dan sektor pelancongan antarabangsa dilihat masih bergelut untuk kembali berada di paras yang normal seperti sebelumnya.

Dalam pada itu, Google juga sedang giat berusaha dalam merancakkan kembali sektor pelancongan global melalui beberapa ciri baharu yang diperkenalkan dalam aplikasinya.

Antara ciri yang diperkenalkan adalah berita COVID-19 terkini, idea destinasi percutian dan panduan berguna untuk aktiviti pelancongan.

 

Google

baharu

Kini, Google akan memberikan peringatan mengenai sekatan perjalanan COVID-19 ketika anda sedang mencari lokasi percutian, tiket penerbangan, hotel dan banyak lagi.

Ia juga turut memberikan maklumat mengenai sebarang arahan kuarantin wajib atau ujian COVID-19 yang perlu dijalani di setiap negara yang berdepan krisis pandemik. 

Selain itu, Google juga bakal hadir dengan fungsi butang notifikasi yang boleh dihidupkan pengguna untuk menerima pesanan. Ianya akan dikirim melalui e-mel dan akan sentiasa memberitahu pengguna tentang perubahan sekatan perjalanan sesebuah negara.

 

Google Flights

baharu

Satu lagi aplikasi iaitu Google Flights juga menawarkan fungsi peta Explore yang baru.

Ia akan memaparkan harga tiket penerbangan untuk pelbagai tujuan berdasarkan minat pengguna sebagai contoh seperti aktiviti di pantai, pusat peranginan dan banyak lagi.

Ianya akan menjadi apps yang berguna untuk pengguna yang lebih mementingkan kos penerbangan berbanding destinasi percutian.

Sudah tentu harga tiket flight, hotel dan kos-kos percutian lain akan sedikit terkesan dek kerana penangan Covid-19. 

 

Google Map

baharu

Terbaharu, aplikasi ini telah disuaikan untuk perjalanan di jalan raya dan lebuh raya. 

Aplikasi Google Map di komputer membolehkan anda untuk menandakan titik permulaan dan titik akhir di setiap laluan perjalanan anda.

Ianya berfungsi membantu anda dalam membuat perancangan rapi sebelum memulakan percutian terutamanya ketika berada di negara asing.

Lebih menarik, segala penanda perjalanan yang dibuat sebelumnya boleh dikirim dan disimpan di dalam telefon melalui e-mel, teks ataupun aplikasi Google Map.

Untuk lebih info mengetahui fungsi baharu Google, tekan pautan link ini blog.google. Semuanya kini dihujung jari anda.

 

Sumber: searchenginejournal

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!