Greece Isytihar Pembukaan Sempadan Negara Kepada Pelancong Antarabangsa

Type to search

Backpackerz Berita

Greece Isytihar Pembukaan Sempadan Negara Kepada Pelancong Antarabangsa

Share

Setelah lebih dari setahun pintu sempadan negara Greece ditutup, kini sektor pelancongan negara itu dijangka kembali rancak apabila telah mengisytihar pembukaan semula sempadannya kepada pelancong.

Kerajaan Greece telah sepakat untuk membuka semula segala sektor pelancongan negaranya bermula pertengahan bulan Mei ini.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada pembukaan ini semula adalah kerana ingin membaik pulih perbelanjaan ekonomi negara yang kian terkesan akibat daripada wabak COVID-19.

greece

Warganegara yang berasal dari Kesatuan Eropah dan Kawasan Schengen, serta warga dari United Kingdom, Rusia, Israel, Serbia, Emiriah Arab Bersatu, diizinkan memasuki Republik Hellenic, sekiranya mereka telah divaksin atau menunjukkan hasil negatif ujian PCR COVID-19.

Segala keputusan ataupun ujian vaksinasi perlu diambil sekurang-kurangnya 72 jam sebelum memulakan perjalanan.

Selain itu, Greece juga menyambut baik kedatangan pelancong dari negara-negara yang melaporkan kadar jangkitan penyakit COVID-19 yang rendah seperti Australia, New Zealand, Korea Selatan, Singapura dan Thailand. 

greece

Walaubagaimanapun, pelancong dari negara-negara berkenaan perlu membuktikan mereka telah diuji negatif terhadap virus tersebut ataupun menunjukkan sijil vaksinasi sebagai pengesahan.

Borang Pencari Penumpang (PLF) perlu diisi pengunjung sebelum berlepas ke lapanagn terbang.  Ini merangkumi perincian di mana individu tersebut berada dan alamat tempat tinggal mereka di Yunani. 

Setiap PLF akan disertakan kod QR unik yang mesti dipindai semasa tiba di sempadan Yunani. Kod QR akan menentukan sama ada mereka perlu melakukan ujian tambahan di lapangan terbang ataupun tidak.

Sekiranya perlu, pengunjung akan diminta untuk mengasingkan diri selama 24 jam sehingga keputusan diperoleh.

 

Sumber: nytimes

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!