Hard Rock Cafe di Osaka Ditutup Selepas 29 Tahun Beroperasi - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Hard Rock Cafe di Osaka Ditutup Selepas 29 Tahun Beroperasi

Share
Osaka
  • Hard Rock Cafe (HRC) asal dari England, menyajikan citarasa Amerika yang asli sambil menikmati muzik.
  • Osaka mempunyai dua cawangan HRC, satu di Chūō-ku & kedai kedua di Honmachi (dahulunya dibuka di Namba Parks).
  • Penularan Covid-19 turut meninggalkan kesan kepada penutupan Hard Rock Cafe Chūō-ku setelah 29 tahun beroperasi sejak tahun 1992.

Osaka

Wabak ‘halimunan’ yang menyerang seluruh dunia bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan malah turut melumpuhkan ekonomi secara menyeluruh.

Selepas ratusan hotel gulung tikar, kini pusat istirahat popular seperti Hard Rock Cafe mengalami nasib yang sama.

Baru-baru ni, Hard Rock Cafe Jepun melaporkan penutupan satu cawangan yang terletak di Osaka.

Menurut Lmaga.jp, Hard Rock Cafe Osaka (Chūō-ku) telah dikerumuni pengunjung tempatan semasa hari terakhir operasi susulan pengumuman penutupan.

Trivia – Chūō-ku (中央 区, ‘Central Ward’) adalah salah satu daripada 24 wad di Osaka, Jepun. Wad merujuk kepada pembahagian pentadbiran bandar atau wilayah.

Osaka
Penutupan Hard Rock Cafe Osaka seelah 29 tahun beroperasi
Osaka
Foto - Miwako Yoshinaga
Osaka
Foto - Miwako Yoshinaga

Cawangan HRC ini difahamkan terpaksa dihentikan operasi berikutan ketiadaan pengunjung akibat penutupan pintu sempadan serta travel restriction.

Tambah komuniti HRC Worldwide, lampu telah dimalapkan untuk kali terakhir di Hard Rock Cafe Chūō-ku pada 31 Januari lalu ibarat “When the music’s over, turn out the lights”.

Seorang pengunjung berusia 40-an yang berasal dari bandar Osaka mengakui bahawa terdapat cawangan HRC lain seperti Universal Studios Japan, tetapi dirinya lebih gemar mengunjungi HRC Chūō-ku.

“Saya setiap tahun datang ke Hard Rock Cafe Chūō-ku untuk meraikan sambutan ulang tahun untuk anak dan saya suka nachos di sini”, ujarnya lagi.

Mengenai penutupan salah satu cawangan HRC di Osaka, korang jangan bersedih sebab masih ada beberapa cawangan Hard Rock Cafe lain yang boleh dikunjungi antaranya di Honmachi (Osaka), Universal Citywalk Osaka dan Higashiyama Ward (Kyoto).

Mesti ramai yang tengah rindu Jepun kan, kalau korang ada lokasi kegemaran sekitar Tokyo, boleh kongsikan dengan kami sebab tak lama lagi akan adanya kempen “Tokyo To Do List”.

Osaka

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!