Harry Potter New York Lancarkan VR untuk Pengalaman 'Travel' Ke Hogwarts );

Type to search

Backpackerz Berita

Harry Potter New York Lancarkan VR untuk Pengalaman ‘Travel’ Ke Hogwarts

Share
hogwarts

Bagi peminat Potter, sama ada buku ataupun filem, tentunya ramai yang mengimpikan dapat surat tawaran terbang untuk masuk ke Hogwarts walaupun ia hanya fiskyen.

Siapa yang tak mahu belajar naik penyapu terbang, pakai uniform Hogwarts, dan belajar sebutan sihir ‘Wingardium Leviosa’ tanpa letupkan diri kan?

Harry Potter New York telah melancarkan Virtual Reality (VR) semalam bagi merasai pengalaman untuk ‘travel’ ke Hogwarts. Terdapat dua pengembaraan unik yang ditawarkan untuk penuhkan impian sebagai seorang penyihir.

hogwarts
CREDIT: COURTESY OF WARNER BROS.

Artikel berkaitan: Harry Potter – The Exhibition Akan Temui Peminat Seluruh Dunia Pada 2022

Dua pengalaman VR yang ditawarkan iaitu Chaos at Hogwarts dan Wizards Take Flight, akan bawa anda melalui beberapa tetapan paling ikonik dari koleksi buku Harry Potter.

VR
CREDIT: COURTESY OF WARNER BROS.

Dalam VR Wizards Take Flight, anda akan berpeluang menerbangkan penyapu mereka sendiri dan melambung tinggi di sekitar istana. Bukan hanya ini, anda juga berpeluang melawan penjahat ikonik iaitu Death Eaters.

Peminat Potter boleh menempah tiket mereka di laman web Harry Potter New York dengan harga $34 (RM143) dan harganya juga termasuk akses ke kedai.

[Sumber: Travel And Leisure]

**Penulis harap francais Harry Potter Store dapat buka dekat Malaysia. Almaklum lah tengah pandemik ini, nak juga merasa ‘travel’ ke Hogwarts walaupun duduk di rumah.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!