Hati-Hati Jika Ke India, Kes Varian Omicron Meningkat );

Type to search

Backpackerz Berita Isu Isu

Hati-Hati Jika Ke India, Kes Varian Omicron Semakin Meningkat, Malaysia Dilaporkan Lebih 50 Kes

Share

Dunia masih dibelenggu dengan virus COVID-19. Walaupun keadaan semakin tenang tetapi Standard Operation Procedure (SOP) masih wajib dipatuhi.

Kini, virus COVID-19 varian Omicron pula yang merebak secara aktif di seluruh dunia termasuk Malaysia.

BACA JUGA: Guna 4 Cara Ini Kalau Taknak Mata Pedih Potong Bawang

Laporan daripada Sinar Harian pada 25 Disember, sebanyak 62 kes varian Omicron telah dikesan di Malaysia.

Malah, laporan daripada India mengeluarkan data 6,358 kes terbaru dalam masa 24 jam lepas.

Jumlah keseluruhan di India mencapai 34,799,691 dan 480,290 kematian direkodkan.

Kes yang melibatkan varian Omicron mencecah 653. Bagaimanapun, 186 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

[SUMBER: BERNAMA]

Oleh itu, kepada mereka yang bercadang untuk ke India, dinasihatkan untuk berhati-hati atau lebih selamat, tangguhkan dahulu perjalanan anda hingga varian Omicron terkawal.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!