COVID19: Hong Kong & Singapura Umum Batal 'Gelembung Perjalanan'

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

COVID19: Hong Kong & Singapura Umum Batal ‘Gelembung Perjalanan’

Share

Gelembung Perjalanan ataupun ‘travel bubble’ antara Hong Kong dan Singapura yang dijangka beroperasi pada 26 Mei ini dibatalkan susulan kes COVID-19 yang kian meningkat.

Perkara itu pada awalnya dijadualkan akan bermula pada November tahun lalu tetapi terpaksa dihentikan setelah kenaikan kes yang mendadak di Hong Kong.

Terkini, peningkatan kes COVID-19 di Singapura pula semakin meruncing dan ini telah mendesak kedua-dua belah pihak untuk sekali lagi menghentikan perancangan gelembung perjalanan berkenaan.

hong kong

Hong Kong dan Singapura telah berhasil mencegah virus tersebut sejak tahun lalu dengan kawalan sempadan yang ketat dan pengesanan jangkitan yang berkesan tetapi lonjakan kes jangkitan di Singapura pada bulan ini telah melenyapkan harapan untuk gelembung perjalanan udara berkenaan beroperasi.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak tetap komited untuk melancarkan gelembung dengan selamat. Kerajaan Hong Kong mengatakan pengumuman lebih lanjut akan diumumkan sebelum 13 Jun.

Singapura pada Jumaat lalu mengumumkan kawalan ketat terhadap aktiviti perjumpaan sosial dan aktiviti awam kerana peningkatan kes jangkitan yang semakin menular dalam kalangan rakyat tempatan.

Kementerian kesihatan Singapura mengesahkan, setakat Isnin lalu, sebanyak 21 kes jangkitan tempatan telah direkodkan dan menjadikan kes terkumpul di Singapura sebanyak 61,600 dengan 31 kematian.

hong kong

Nampak gayanya, kempunan lagi la rakyat Singapura untuk melancong melalui gelembung perjalanan (travel bubble).

Apa apa pun jangan kecewa… penulis yakin satu hari nanti, sektor pelancongan di seluruh dunia akan kembali pulih. Stay positive semua!

 

Sumber: cnbc.com

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!