IATA Travel Pass Berjaya Dicuba Dalam Penerbangan Antarabangsa Pertama );

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

IATA Travel Pass Berjaya Dicuba Dalam Penerbangan Antarabangsa Pertama

Share

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan ketibaan di London Heathrow Airport dari pelancong pertama yang menggunakan aplikasi IATA Travel Pass untuk menguruskan kelayakan kesihatan perjalanan mereka.

Ketua Pengarah dan CEO IATA, Alexandre de Juniac mengatakan keberhasilan pelaksanaan IATA Travel Pass dalam percubaan ini dengan penumpang Singapore Airlines menunjukkan bahawa teknologi ini aman, selamat dan efisien bagi membantu pelancong dan kerajaan untuk menguruskan dokumen kesihatan perjalanan. Kepentingan ini untuk memulakan semula penerbangan antarabangsa.

“Pas ini juga membantu pelancong mematuhi peraturan baru untuk ketika bercuti. Ini menunjukkan bahawa kerajaan dapat menguruskan keperluan penerbangan antarabangsa dengan cekap terhadap identiti penumpang dan kebenaran bukti perjalanan – yang penting, mengelakkan antrian panjang.

“Dan ini adalah kaedah yang dibina khas untuk syarikat penerbangan untuk menguruskan keperluan perjalanan baru tanpa menenggelamkan proses dokumen yang tidak cekap dan tidak berkesan,” kata Alexandre.

IATA Travel Pass

Penumpang dalam penerbangan Singapore Airlines dari Singapura ke London semasa percubaan boleh menggunakan IATA Travel Pass untuk:

  • Buat digital passport yang selamat pada peranti mudah alih anda.
  • Masukkan maklumat penerbangan anda untuk mengetahui sekatan dan syarat perjalanan.
  • Terima keputusan ujian yang disahkan dan pengesahan bahawa anda memenuhi semua syarat perjalanan

Untuk mendapatkan manfaat maksimum dari IATA Travel Pass dan elakkan kekeliruan serta ketidakselesaan penumpang, standard ujian atau pensijilan vaksinasi, dan penerimaan mereka oleh pihak berkuasa adalah kunci.

Survey pendapat pelancong IATA baru-baru ini mendapati bahawa 89% bersetuju dengan keperluan standard global dan 80% berminat menggunakan aplikasi mudah alih untuk menguruskan bukti perjalanan mereka.

Jumaat lalu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mendorong penetapan piawaian global untuk ujian atau pensijilan vaksinasi selangkah lebih dekat dengan kenyataan. Kerajaan seterusnya perlu memberikan sijil ujian/vaksinasi COVID-19 digital sehingga mereka mempunyai dokumen yang dapat disahkan pada peranti mudah alih mereka.

Ini akan memastikan kesetaraan, pengiktirafan bersama, dan penerimaan sijil COVID-19 untuk penumpang ketika mereka melakukan travel di seluruh dunia.

[Sumber: Travel Daily News]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!