Indonesia Cadang Penjawat Awam 'Work From Bali' Bantu Sektor Pelancongan

Type to search

Asean Backpackerz Berita

Indonesia Cadang Penjawat Awam ‘Work From Bali’ Bantu Sektor Pelancongan

Share
bali indonesia

Bagi mengatasi kemerosotan sektor pelancongan yang terkesan gara-gara wabak COVID-19, sebuah program yang dinamakan ‘Work From Bali’ (WFB) sedang diusahakan oleh pemerintah di Indonesia.

Program ini bertujuan bagi menghidupkan kembali industri pelancongan Bali yang akan mengundang satu per empat penjawat awam daripada tujuh kementerian untuk turut serta bekerja dari kepulauan itu.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno berharap inisiatif ini dapat membantu memperbaiki ekonomi negara yang bergantung kepada pelancongan di Kuta, Tanah Lot, Seminyak, Legian dan banyak lagi wisata yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Namun kini semuanya mencatatkan kemasukan pelancong yang merudum teruk akibat pandemik.

bali

Menurutnya lagi, inisiatif ini bertujuan memberi bantuan pada hotel dan penginapan sekitar kepulauan ini yang rata-ratanya mengalami kerugian.

Difahamkan, keuntungan sektor ekonomi di sini juga merosot pada nilai 9.31% pada suku pertama tahun ini.

“Kami berharap dengan adanya WFB, Bali dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang positif pada suku ke tiga dan keempat tahun ini,” katanya.

Program WFB ini juga merupakan sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mempersiapkan aktiviti pelancongan di Pulau Dewata bagi menyambut pengunjung asing setelah sempadan dibuka kembali kelak.

bali

Kerajaan Indonesia masih dalam proses mempertimbangkan jumlah pegawai negeri yang akan mengambil bahagian dalam program WFB.

Setakat kemaskini, cadangan diterima untuk bekerja di pulau yang digelar The Island of God adalah seramai 25 persen pekerja dari setiap kementerian yang terlibat.

 

Sumber: ttgasia

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!