Tourism Malaysia Lancar Microsite Interactive Digital Brochures );

Type to search

Backpackerz Berita

Tourism Malaysia Lancar Microsite Interactive Digital Brochures

Share
brochures

Tourism Malaysia, agensi bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah lancarkan laman microsite dengan nafas baru iaitu Interactive Digital Brochures bagi penjenamaan semula brochures TM.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, lima risalah digital Tourism Malaysia paling digemari pelancong telah upload dalam microsite tersebut iaitu:

  • Malaysia Travel Guide
  • Kuala Lumpur the Dazzling Capital City
  • Langkawi the Jewel of Kedah
  • Islands and Beaches
  • Adventures with Nature
brochures
Dato' Sri Hajah Nancy Shukri ketika perasmian malam tadi. Foto MOTAC.

“Berbeza dengan e-brochures format PDF dulu yang kena dimuat turun dan dicetak, e-brochures alaf baru ini di microsite kini gabungkan semua elemen multimedia seperti teks, audio, grafik, animasi dan video penyampaian informasi yang lebih menarik.

“Microsite tersebut bersifat mesra pengguna dan lebih responsif serta mudahkan orang ramai untuk akses brochures tersebut melalui pelbagai peranti mudah alih – smartphones, tablet dan laptop.

“Ia juga mudah dikongsikan melalui pelbagai aplikasi lain seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan juga e-mel,” kata Nancy.

Menurutnya lagi, pelancaran Interactive Digital Brochures ini sejajar dengan usaha untuk giatkan lagi digitalisasi pelancongan untuk semarakkan lagi sektor pelancongan seperti digariskan di bawah Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030.

brochures
Microsite Interactive Digital Brochures menerusi laptop.

Jelas Nancy lagi, microsite ini juga manfaatkan fungsi Google Maps untuk bantu pelancong serta pengusaha pelancongan untuk rancang trip, pilih penginapan yang sesuai dan tahu kemudahan sekeliling – stesen minyak, restoran, kafe, hospital dan kemudahan parkir.

Beliau juga menyeru kepada orang ramai untuk manfaatkan informasi yang ada di dalam microsite ini dan pada sama yang sama ambil peluang untuk rancang percutian selamat bersama keluarga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) atau platform Interactive Digital Brochures.

Tunggu apa lagi gais, tak payah dah nak research laman web lain untuk plan bercuti, dalam e-brochures Tourism Malaysia ini jer semua ada untuk mudahkan korang buat carian. Dream now, travel later!

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!