Ireland Bakal Buka Sempadan Negara Buat Pelancong Antarabangsa );

Type to search

Backpackerz Berita

Ireland Bakal Buka Sempadan Negara Buat Pelancong Antarabangsa

Share

Tourism Ireland telah menyambut baik keputusan pemerintah Ireland dan eksekutif Ireland Utara mengenai pembukaan semula perjalanan ke pulau Ireland.

Badan pelancongan di negara berkenaan mengatakan ini adalah berita baik buat semua orang yang berada di dalam industri pelancongan dan perhotelan.

Ireland akan memulakan pembukaan ini pada 19 Julai, dan akan dimulai dengan pelancong dari negara anggota EU yang mempunyai pas vaksinasi dan juga telah menjalani ujian negatif untuk COVID-19.

buka

Sekiranya lepas kedua-dua syarat berkenaan, pelancong kemudiannya akan dapat melawat Ireland tanpa memerlukan sebarang ujian atau kuarantin.

buka

Baru-baru ini, Ireland Utara telah mengesahkan bahawa pelawat dari negara Britain kini diterima dan boleh bercuti mulai hari ini.

Niall Gibbons, ketua eksekutif Pelancongan Ireland, berkata “Pengumuman ini adalah langkah yang sangat dialu-alukan dan penting dalam menuju pemulihan industri kami.

“Ini akan membantu melindungi ribuan pekerjaan dan penghidupan di industri pelancongan.

“Untuk pertama kalinya dalam beberapa bulan, kita dapat melihat masa depan dengan optimis.” katanya.

 

Sumber: breakingtravelnews

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!