Kerajaan Jepun Lanjutkan Perintah Darurat Sehingga 20 Jun

Type to search

Asia Backpackerz Berita

Kerajaan Jepun Lanjutkan Perintah Darurat Sehingga 20 Jun

Share
jepun

Kesan daripada kenaikan kes COVID-19 di seluruh negara, pihak kerajaan jepun melanjutkan perintah darurat di Tokyo dan di beberapa kawasan lain sekitar tiga minggu lagi sehingga 20 Jun tahun ini.

Ini adalah kerana terdapat peningkatan jumlah pesakit COVID-19 yang kritikal walaupun jangkitan baru agak perlahan dan telah menyebabkan tekanan pada sistem perubatan dan kesihatan negara matahari terbit itu.

jepun

Rata-rata doktor, ahli perniagaan dan ribuan warga di seluruh negara berkenaan mendesak untuk membatalkan Sukan Olimpik yang dijadualkan bermula pada 23 Juli ini.

Walau bagaimanapun, pegawai Jepun, penganjur Olimpik dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengatakan bahawa Sukan berkenaan akan terus berlangsung di bawah langkah pencegahan coronavirus yang ketat.

jepun

Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura, dalam pernyataannya menyatakan bahawa di Osaka dan Tokyo, pergerakan orang mulai meningkat dan terbit kebimbangan bahawa jangkitan tersebut akan meningkat kembali.

Dia juga menyatakan bahawa kes keseluruhan jangkitan semakin tinggi dan keputusan untuk melanjutkan tempoh darurat adalah satu keputusan yang wajar diambil.

Setakat ini Jepun telah mencatatkan sekitar 727,000 kes jangkitan COVID-19. 

Menurut laporan, hanya sekitar 6 persen populasi Jepun telah divaksinasi dan ianya merupakan salah satu dari negara yang kurang menerima vaksin di antara negara-negara maju lain di dunia.

 

Sumber: travelandtourworld

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!