“Jom Nginap” Satu Langkah Tourism Malaysia Hidupkan Pelancongan Domestik
Share

Terkini Tourism Malaysia bergandingan bersama Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) menganjurkan sebuah kempen “Jom Nginap”.
Kempen ini akan berlangsung bermula hari ini 11 Januari sehingga 31 Mac 2021. Ianya sebagai satu tanda sokongan bagi menggalakan lagi pelancongan domestik seperti mana yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri mengatakan bahawa “Jom Nginap” merupakan satu inisiatif untuk merancakkan lagi pelancongan domestik Cuti-Cuti Malaysia disamping mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang yang telah ditetapkan.
Kempen ini juga melaksanakan kerjasama bersama Gkash di mana ia diwujudkan menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Pengguna hanya menempah bilik hotel dalam minima RM50 sahaja dan kemudian menerima kembali cashback sebanyak RM20 dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Poster kempen “Jom Nginap”
Pelbagai tawaran menarik boleh dinikmati menerusi aplikasi Touch ‘n Go ini dan ia dibawakan khas oleh ahli-ahli Persatuan Hotel Budget Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari https://www.tngdigital.com.my/mybhajomnginap. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini disamping mengikuti segala SOP yang ditetapkan bagi mencegah penyebaran wabak bahaya.