Percutian Bertukar Tragedi, Kanak-kanak 6 Tahun Lemas Ketika Mandi Laut );

Type to search

Backpackerz Berita

Percutian Bertukar Tragedi, Kanak-kanak 6 Tahun Lemas Ketika Mandi Laut

Share
lemas

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata keadaan angin dan ombak yang kuat menyebabkan Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam gagal diselamatkan sebelum mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian pada 6.30 petang oleh anggota penyelamat.

BACA JUGA: Pengunjung Lemas Ketika Mandi di Tasik Cermin

Beliau berkata siasatan awal mendapati keluarga mangsa dari Sendayan datang ke Port Dickson untuk bercuti rehat dan berkelah di pantai.

Pasukan Bomba sedang memberi bantuan pernafasan kepada mangsa. / Foto ©Mohd Khidzir Zakaria.

“Pada 4.15 petang, semasa ayah mangsa sedang duduk di bawah pokok, beliau ternampak dua anaknya berumur 10 dan 8 tahun yang sedang bermain di tepi pantai telah ditarik ombak.

“Kemudian ayah mangsa terus bergegas ke pantai untuk menyelamatkan dua anaknya tanpa menyedari mangsa yang berumur 6 tahun telah mengekorinya dari belakang turut ditarik ombak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata kanak-kanak itu kemudian diberikan rawatan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 7.30 petang.

[Sumber: Selangorkini]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!