Kapal Layar Disney Wish Dijangka Berlayar Pada Tahun 2022

Type to search

Backpackerz Berita Insider

Kapal Layar ‘Disney Wish’ Dijangka Berlayar Pada Tahun 2022

Share
kapal

Peminat kartun keluaran Disney pastinya tidak sabar untuk merasai pengalaman berlayar bersama kapal Disney Wish kan?

Meskipun segala perkhidmatan pelancongan terkesan akibat Covid 19, syarikat Walt Disney hari ini membuat pengumuman rasmi mengenai kapal kelimanya, Disney Wish yang akan mula berlayar pada tahun hadapan.

Istimewanya reka bentuk kapal pada kali ini bukan hanya dari bentuk luaran, malah pada bahagian dalam, tetamu akan disambut dengan dewan bersaiz besar 3 tingkat yang diilhamkan daripada kisah dongeng cinderella.

kapal

Untuk mengetahui konsep dan video reka bentuk dalaman, korang boleh tekan pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=85_tYBdaRPI&t=2s

Lebih menarik lagi, pengunjung bakal merasai pengalaman luar biasa apabila patung lilin cinderella bakal diletakkan sebagai penyambut tetamu dan beberapa lagi watak lain juga bakal ditambah kemudian.

Memang terasa macam kita hidup dalam kisah dongeng Disney la nanti hihi.

kapal

Siapa yang tidak tahu watak Rapunzel kan? Istimewa reka bentuk kapal layar edisi kali ini, ia bakal menjadikan watak kesayangan ramai itu sebagai tunjang utama pada reka bentuk bahagian luar.

Menurut laman rasmi Walt Disney, akan ada lebih banyak perincian mengenai jadual perjalanan dan tempahan tarikh yang boleh dibuat selepas ini. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la berkunjung ke laman web rasmi Walt Disney.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!