Jom Bercuti Di Atas Kapal Persiaran Mewah, Tawaran Menarik Star Pieces ke Pulau Langkawi Dan Selat Melaka );

Type to search

Backpackerz Berita

Jom Bercuti Di Atas Kapal Persiaran Mewah, Tawaran Menarik Star Pieces ke Pulau Langkawi Dan Selat Melaka

Share
kapal

Wah, nak feeling macam cerita Pisau Cukur bercuti di atas kapal mewah, menikmati lautan yang luas dan jangan lupa cuci mata ya.

Selepas hampir dua tahun tidak beroperasi, Star Pisces oleh Genting Cruise Lines yang akan berlepas dari Terminal Pelayaran Swettenham akan menawarkan pelayaran indah ke Pulau Langkawi dan Selat Melaka bermula 22 Disember.

BACA JUGA: RFID Di Semua Plaza Tol Bermula Tahun Depan, Ini Apa Anda Perlu Tahu

Pelayaran selepas lama ‘berehat’ menjadi laluan antarabangsa pertama ke pelabuhan asal yang beroperasi secara komersial di negara ini.

Menurut Naib Presiden (Jualan) Genting Cruise Lines, Cynthia Lee, kapal pelayaran tersebut menawarkan lima perjalanan setiap minggu.

Pihaknya juga berharap dapat merentasi lebih banyak destinasi domestik dan kembangkan jadual perjalanan kapal dengan kemasukan destinasi serantau lain seperti Phuket dalam masa terdekat.

‘Sekarang kami sedang aktif melibatkan pelbagai pihak berkuasa pelabuhan untuk mewujudkan ‘standard pelayaran yang harmoni’, selain berharap dapat membuka semula perjalanan pelayaran antarabangsa secara perlahan-lahan, terkawal dan selamat,’ katanya.

Beliau juga berkata Kapal Star Pisces mampu menampung 1,700 penumpang tetapi untuk masa sekarang pengurangan penumpang sebanyak 50 peratus untuk mencegah menularan COVID-19.

‘Untuk bakal penumpang wajib lengkapkan vaksin COVID-19, buktikan keputusan ujian COVID-19 negatif serta wajib membuat Ujian Pantas Antigen (ART) sebelum naik di terminal pelayaran pada hari pelepasan,’ katanya.

Pakej bermula dengan harga RM199 untuk seorang, satu malam ke Selat Melaka. Manakala, RM399 untuk seorang, untuk tiga hari dua malam ke Pulau Langkawi.

Pelayaran yang ditawarkan termasuk perjalanan pergi dan balik dari Pulau Pinang iaitu dua malam ke Pulau Langkawi dan satu malam ke Selat Melaka.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Datuk Tan Teik Cheng berkata, pembukaan operasi kapal persiaran ini akan membantu industri pelancongan palayaran selepas terpaksa dihentikan seketika sejak Mac 2020 disebabkan pandemik yang melanda negara.

‘Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan semula operasi palayaran domestik, terima kasih kepada PPC, Genting Cruise Lines, Penang Port Sdn. Bhd. dan agensi kerajaan yang telah bekerjasama untuk persetujuan ini,’ jelasnya.

Turut hadir, Naib Presiden Kanan Genting Cruise Lines (Operasi dan Keselamatan Marin), Kapten Harvard Ramsoy.

Tempahan Kapal Star Pisces akan dibuka pada pertengahan bulan Disember untuk rakyat Malaysia, warga asing yang mempunyai pas lawatan jangka panjang Malaysia yang disahkan serta pelancong antarabangsa yang sudah selesai kuarantin.

[Sumber: MStar]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!