Kempen Jom Ke Sarawak Dapat Sambutan Pelancong Tempatan );

Type to search

Asia Backpackerz Berita Insider Kampung

Kempen Jom Ke Sarawak Dapat Sambutan Pelancong Tempatan

Share

Kempen Jom Ke Sarawak yang dilancarkan pada Oktober lalu oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kempen ini adalah usaha sama antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF), Persatuan Agensi Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri Sarawak (ASIA) dan Shopee Malaysia.

BACA JUGA: Dah Bosan Mandi Swimming Pool? 4 Lokasi Hot Springs Ini Perlu Anda Kunjungi

Datuk Seri Abdul Karim berkata, menjelaskan kempen pelancongan ini adalah Sia Sitok Sarawak 1 dan 2 yang menawarkan potongan harga hingga 50 peratus untuk rakyat Sarawak.

[SUMBER: BHARIAN]

‘Sambutan kempen ni mendapat maklum balas yang baik. Penduduk Sarawak boleh menikmati keindahan dan meneroka tempat menarik di negeri sendiri.

‘Selain itu, kempen ini menawarkan penginapan di beberapa daerah Penginapan Sia Sitok Sarawak, di mana orang Sarawak boleh menginap di hotel dan resort yang mengambil bahagian dengan kempen ini,’ katanya.

Sia Sitok Sarawak 1 telah dilancarkan pada tahun lalu dan mendapat tempahan lebih 900 dan Sia Sitok Sarawak 2 mendapat 507 tempahan sejak 1 Oktober.

Menurut laporan daripada TVSTV, kempen ini juga bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta membaikpulih kembali sektor pelancongan di Negeri Bumi Kenyalang itu.

Sebanyak 16 pakej pelancongan ditawarkan melalui Kempen Jom Ke Sarawak yang menyediakan penginapan tiga hari dua malam dengan harga yang berpatutan.

Kempen Jom Ke Sarawak berkonsepkan ‘Buy Now, Travel Later‘ atau beli dahulu, melancong kemudian memudahkan pelancong untuk merancang ke Sarawak dengan waktu yang sesuai.

Pelancong boleh menggunakan aplikasi Shopee Malaysia untuk membuat tempahan.

Bagaimanapun, Standard Operationa Procedure (SOP) tetap akan dijalankan dengan ketat untuk mengurangkan jangkitan virus yang masih lagi berada di sekeliling.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!