Kereta Api Malam Menggabungkan 13 Bandar Sekitar Eropah
Share

‘Sleeper Train’ di Eropah bersedia untuk kembali semula selepas empat syarikat nasional mengumumkan laluan baru kereta api yang bakal menghubungkan 13 bandar di seluruh benua Eropah.
Pengumuman itu menandakan pemanjangan terbesar rangkaian kereta api malam Eropah. Tetapi perubahan iklim dan pandemik Covid19 mengubah perjalanan dari A ke B, dan beberapa perjalanan kereta api Eropah menjadi lebih cepat berbanding pengangkutan udara.
Kini landasan di Jerman, Austria, Perancis dan Switzerland menjalin kerjasama dengan dana pelaburan $605 juta untuk menghidupkan kembali perkhidmatan perjalanan malam.
Lima laluan dijangka dilancarkan dalam empat tahun akan datang. Menjelang Disember 2021, perkhidmatan kereta api malam baru akan beroperasi antara Vienna dan Paris melalui Munich, serta antara Zurich dan Amsterdam. Perkhimatan pengangkutan ini turut merangkumi Zurich dan Rome akan dijadualkan bermula dari Disember 2022.
Disember 2023 akan melihat perkhidmatan lain antara Vienna dan Paris yang melalui Berlin dan Brussels. Perkhidmatan ini malam juga akan mula beroperasi antara Zurich dan Barcelona mulai Disember 2024.
Dalam pada masa yang sama, Sweden mengumumkan dimana negaranya merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan night sleeper train antarabangsa ke Jerman dan Belgium pada tahun 2022.
Laluan baru ini akan menghubungkan bandar-bandar utama Sweden ke Hamburg dan Brussels, yang membolehkan sambungan pantas ke Eropah tengah dan United Kingdom.