Fesyen Designer Jepun Membuat Kimono Cyberpunk & Backpack Neon );

Type to search

Backpackerz Berita

Fesyen Designer Jepun Membuat Kimono Cyberpunk & Backpack Neon

Share

Jalan-jalan yang diterangi lampu neon di Tokyo pastinya akan kelihatan seperti dalam filem sains-fiksyen futuristik. Pusat beli-belah dan hiburan sentiasa nampak bersinar dalam cahaya lampu yang berwarna warni, terasa seperti di dalam scene Ghost In The Shell.

Walaupun terdapat banyak fesyen avant-garde yang boleh dijumpai, tetapi tak akan sama dengan dengan rekaan fesyen dari Tanago. Rekaan kimono serta backpack ala cyberpunk dan lampu neon menampilkan kelainan yang futuristik.

Penulis sangat menyukai rekaan beliau dan khabarnya, style tersebut di ilhamkan dari lampu-lampu neon yang berada di daerah Akihabara dan terhasil lah beg galas seperti tabung neon sebenar.

Tanago di jalanan Akihabara.


Tanago gelarkan dirinya sebagai ‘Cyber Okan = Cyber Mum’ dan korang boleh lihat sendiri sebabnya. Beliau juga akan berkongsi gambar dirinya di laman twitter dengan gaya model yang sangat futuristik dan lorong jalan Akihabara dan sangat menonjol penampilan dia dalam gambar tersebut.

Backpack yang dipenuhi dengan lampu neon dengan tulisan ‘電 脳 Denno’ yang bermaksud Otak Siber. Denno adalah nama dalamsiri Ghost In The Shell.

Backpack Tanago dengan tulisan “Denno” yang bermaksud otak siber.


Tanago juga mengusahakan beberapa reka bentuk backpack tersebut sebelum beliau menyusun dengan bolt kilat dan jalur biru. Sebagai tambahan, beliau juga membuat visor menyala dengan tulisan ‘Denno’ dan lengkapkan penampilan dengan kimono elektro yang tampilkan dengan rekaan printed papan litar.

[Sumber: Twitter The Art of Neon]

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!