KLIA Dinobat Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik pada 2020 );

Type to search

Backpackerz Berita

KLIA Dinobat Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik pada 2020

Share

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik dunia menerusi kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global bagi kategori melebihi 40 juta penumpang setahun pada 2020.

Kaji selidik itu dijalankan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) manakala ASQ merupakan tanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kepuasan menyeluruh penumpang yang merangkumi aspek keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan serta kebersihan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataannya pada Isnin, menyifatkan pencapaian KLIA yang diumumkan oleh ACI pada awal bulan ini adalah susulan daripada usaha berterusan yang membabitkan inisiatif-inisiatif penambahbaikan biarpun terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata jumlah trafik penumpang bagi kumpulan MAHB masih rendah berikutan sekatan perjalanan domestik dan antarabangsa dengan hanya mencatat 1.6 juta pergerakan penumpang pada Februari lepas.

Bagaimanapun, katanya, lapangan tersebut akan tetap meneruskan projek-projek penting seperti pengubahsuaian kemudahan bilik air, pembentukan pasukan kecemerlangan operasi yang mengenal pasti serta merekabentuk inisiatif penambahbaikan.

Ini termasuk langkah memperkenalkan ‘Exceptional People Practice Playbook’ – garis panduan manual dwibahasa sebagai panduan untuk petugas di barisan hadapan berinteraksi dengan pelanggan mereka.

‘Bagi tahun ini, penumpang boleh menjangkakan untuk menikmati perjalanan yang telah ditambah baik seperti tempoh menunggu lebih singkat dan teknologi pengecaman wajah yang menjadi sebahagian daripada transformasi digital Lapangan Terbang KLIA 4.0 kami’,’ katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shukri juga optimis terhadap daya tahan permintaan bagi perjalanan udara.

‘Kami telah menyaksikan peningkatan semula (permintaan) yang lebih kukuh apabila beberapa sekatan perjalanan ditarik balik sebelum ini. Oleh itu, MAHB akan terus mempertingkatkan tawaran-tawaran berkaitan.

‘Malah, langkah untuk sentiasa peka dengan permintaan penumpang dan industri penerbangan ini akan turut membantu kami untuk terus kekal di kedudukan hadapan dalam persaingan selain sejajar dengan sasaran kami untuk muncul sebagai antara lima lapangan terbang terbaik bagi tahun ini.’ katanya.

[Sumber: Bernama]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!