Korea Selatan Rancang Buka Gelembung Perjalanan Untuk 3 Negara Ini );

Type to search

Asia Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Korea Selatan Rancang Buka Gelembung Perjalanan Untuk 3 Negara Ini

Share
selatan

Kebanyakan negara dilihat sudah mula merancang gelembung perjalanan bersama negara lain bagi merancakkan kembali sektor pelancongan dan ekonomi negara mereka.

Terbaharu, Korea Selatan dikatakan sedang dalam perancangan untuk membuka gelembung perjalanan di tiga buah negara iaitu Singapura, Thailand dan Taiwan pada bulan Julai ini.

selatan

Walaubagaimanapun, Kementerian Perhubungan Korea Selatan mengatakan bahawa ada sejumlah peraturan yang akan diterapkan pada pembukaan gelembung perjalanan tersebut.

Antaranya, menjelang pembukaan peringkat awal, pemerintah Korea Selatan hanya akan membenarkan perjalanan dilakukan dalam bentuk kumpulan pelancongan manakala jadual penerbangan pula hanya akan ada satu atau dua penerbangan sahaja pada setiap minggu dan hanya boleh membawa sekitar 200 penumpang.

Langkah ini diambil setelah pemerintah Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan peraturan jarak sosial demi mencegah penyebaran virus COVID-19 di negara itu.

selatan

Gelembung perjalanan membolehkan pengunjung untuk melintasi sempadan dan bebas bergerak di zon yang ditentukan tanpa harus menjalani karantin semasa ketibaan.

Mereka diminta untuk menunjukkan sijil vaksin COVID-19 dan hasil keputusan ujian RT-PCR yang diambil dalam masa 72 jam dari tarikh keberangkatan dan disahkan negatif semasa tiba di tempat tujuan.

selatan

Namun begitu, melihat pada peningkatan kes COVID-19 di Taiwan, Korea Selatan mendedahkan bahawa kemungkinan rancangan gelembung perjalanan berkenaan akan diluaskan dengan lebih besar di Singapura, Guam, dan Saipan.

Hasil rundingan, Singapura, Guam dan Saipan dikatakan sangat berminat untuk bekerjasama dalam menjayakan rancangan gelembung perjalanan ini dan segalanya akan ditentukan sebelum Julai ini.

 

Sumber: Bangkok Post

 

Baca lagi: Ireland Bakal Buka Sempadan Negara Buat Pelancong Antarabangsa
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!