Akibat Krisis Kewangan Serius, Syarikat Penerbangan Thai Airways Terpaksa Jual Aset Hartanah );

Type to search

Airlines Asean Backpackerz Berita

Akibat Krisis Kewangan Serius, Syarikat Penerbangan Thai Airways Terpaksa Jual Aset Hartanah

Share

Penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa di Thailand pada ketika ini telah mengakibatkan segala sektor pelancongan di negara itu terhenti.

Berpunca daripada itu, syarikat penerbangan Thai Airways dilaporkan mengalami kerugian dan kejatuhan dari segi keuntungan serta modal pulangan syarikat.

Oleh yang demikian, Thai Airways International (THAI) terpaksa menjual 10 hartanah dan bangunan di seluruh negara dalam usaha mengumpulkan dana untuk memulihkan perniagaannya yang sakit ketika ini.

hartanah

Langkah ini diambil sebagai usaha untuk melangsaikan hutang sebanyak 245 bilion baht melalui peluasan pembayaran, pengabaian faedah dan penukaran hutang-ke-ekuiti.

Selain itu, syarikat penerbangan berkenaan juga telah memperkenalkan skim cuti tanpa gaji dan potongan gaji untuk kesemua kakitangan mereka.

Difahamkan, sebagai langkah tambahan, syarikat penerbangan juga telah mencuba pelbagai lagi cara lain seperti tawaran persaraan awal buat kakitangan pekerja dan juga menjual makanan syarikat penerbangan mereka di kedai serbaneka 7-Eleven seluruh negara.

hartanah

hartanah

Antara lokasi bangunan dan hartanah yang akan dijual oleh Thai Airways adalah di Chiang Mai, Chiang Rai, Khon Kaen, Phuket, dan Phitsanulok.

Melalui penjualan tersebut, diharap ianya dapat membantu Thai Airways untuk mengumpulkan modal kerja yang cukup agar mereka boleh kembali beroperasi seperti biasa.

 

Sumber: thethaiger

 

Baca: British Airways Lancarkan Peta Digital COVID-19
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!