Free Ride Gais! KTMB Tawar Naik Tren Percuma DMU Gemas-Kuala Lipis 3 Hari );

Type to search

Backpackerz Berita

Free Ride Gais! KTMB Nak Tawar Naik Tren Percuma DMU Gemas-Kuala Lipis 3 Hari

Share
tren

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) nak tawarkan perkhidmatan tren percuma Diesel Multiple Unit (DMU) laluan Gemas, Negeri Sembilan ke Kuala Lipis, Pahang gais!

Promosi selama tiga hari bermula 21 Februari depan bersempena dengan pelancaran sulung operasi laluan baharu dalam fasa kedua DMU berkenaan yang dijadualkan 24 Februari ini.


Baca Juga: Itinerari Day Trip Ipoh Naik ETS! Destinasi Makan & OOTD yang Korang Kena Pergi Masa Cuti Naik 


Menerusi hantaran akaun sosial rasmi KTMB, operator rel kebangsaan itu memaklumkan bahawa pengguna boleh mendapatkan tiket percuma tersebut dari kaunter tiket stesen sahaja.

Foto Facebook KTM Berhad

“Rebutlah peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman menaiki tren DMU tanpa dikenakan bayaran dengan hanya menggunakan kod promo JOYRIDEDMU,” jelas hantaran berkenaan.

Para pengguna turut diberikan pilihan untuk perjalanan sehala atau dua hala antara kedua-dua stesen tersebut, namun ia masih terhad kepada pelanggan yang terawal bagi semua koc.

Langkah ini difahamkan sebagai prosedur operasi standard bagi pematuhan pengawalan wabak COVID-19 selain demi memastikan penumpang berasa selesa sepanjang perjalanan itu.

KTMB bagaimanapun sudah membuka tempahan jualan tiket DMU untuk laluan berkenaan sejak semalam bagi kesemua trip tren tersebut yang akan bermula pada 24 Februari depan.

Selain dijual secara manual menerusi kaunter di stesen, tiket perkhidmatan berkenaan turut boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile atau pelbagai medium pembelian tiket yang lain.

[Sumber: KTM Berhad]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!