PM Umum Pembukaan Langkawi Kepada Pelancong Tempatan 16 September Ini );

Type to search

Backpackerz Berita

PM Umum Pembukaan Langkawi Kepada Pelancong Tempatan 16 September Ini

Share
149 kes

Pulau Langkawi akan mula dibuka kepada pelancong tempatan pada 16 September ini dalam usaha kerajaan untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan domestik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 semalam telah bersetuju untuk membuka kembali sektor pelancongan di beberapa destinasi percutian terpilih di bawah program gelembung perjalanan (travel bubble).

“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September.

“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80%,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan itu akan membolehkan Pelan Pemulihan Pelancongan dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya yakin pembukaan sektor pelancongan domestik yang akan dibuat secara berperingkat mengikut fasa ini dapat memberikan sinar buat penggiat industri pelancongan.

“Pulau Langkawi dipilih sebagai projek ‘testing ground’ untuk menyemarakkan kembali industri yang telah lama terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 memandangkan pulau itu terasing (isolated),” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Jelasnya, sekiranya projek rintis Langkawi tersebut berjaya, beliau percaya ia akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong semula.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!