Langkawi Disasar Sebagai Destinasi Pelancongan Pertama Dibuka Untuk Semua );

Type to search

Backpackerz Berita

Langkawi Disasar Sebagai Destinasi Pelancongan Pertama Dibuka Untuk Semua

Share
sop

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan Pulau Langkawi menjadi destinasi pelancongan pertama dibuka kepada orang ramai, sekali gus membantu meningkatkan tahap sosioekonomi orang ramai yang terjejas akibat COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pulau peranginan itu menjadi pilihan pertama sektor pelancongan kerana lokasinya yang tertumpu dan tertutup, seterusnya mudah dikawal.

BACA: Itinerari – Ekspedisi ‘Day Trip’ Berkayak Menyelusuri Pulau & Pantai di Langkawi, Adventure Habis! 

Selain itu, beliau berkata, Langkawi yang juga permata Kedah mempunyai 119,000 penduduk dan disasar mencapai imuniti kelompok.

SkyCab - Kereta Kabel Langkawi.

“Syarikat penerbangan antarabangsa juga pergi ke Langkawi. Jadi, ia fokus dan juga ‘concentrated area’ untuk sektor pelancongan bagi mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing,” katanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia oleh barisan menteri dan timbalan menteri di Istana Negara, pada Isnin.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, pada awalnya, MOTAC menyasarkan 1 September ini untuk sektor pelancongan di Langkawi dibuka kepada orang ramai, namun ditunda atas faktor peningkatan kes COVID-19.

“Penduduk Langkawi sudah mencapai imuniti kelompok, jadi mereka sudah bersedia, cuma mereka sekarang ini minta tangguh dulu kerana kes COVID-19 mendadak naik,” katanya.

Xtreme Langkawi
XtremeLangkawi.

Sementara itu, Nancy berkata, isu pelancongan perlu ditangani segera dan memerlukan strategi baharu sesuai cabaran semasa.

“Kita tetapkan kriteria utama untuk pergi melancong adalah vaksinasi.

“Insya-Allah mudah-mudahan pelancong akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) baharu pelancongan. Jadi, sama-sama kita lihat bagaimana sektor pelancongan, seni dan budaya ini dapat membantu meningkatkan sosioekonomi rakyat,” katanya.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!