[VIDEO] Lapangan Terbang Antarabangsa Doha Diiktiraf Sebagai Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia );

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

[VIDEO] Lapangan Terbang Antarabangsa Doha Diiktiraf Sebagai Lapangan Terbang Terbaik Di Dunia

Share

Lapangan terbang melambangkan imej sektor pelancongan di sesebuah negara kerana ianya merupakan lokasi tumpuan buat setiap pelancong yang hadir bercuti.

Seiring dengan negara maju, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) telah dinobatkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik di Dunia oleh Skytrax World Airport Awards 2021.

Selain itu, HIA juga turut dinobatkan sebagai Lapangan Terbaik di Timur Tengah, Lapangan Terbang Terbaik dengan 25 hingga 35 juta Penumpang, Kakitangan Lapangan Terbang Terbaik di Timur Tengah dan Keunggulan Lapangan Terbang COVID-19.

Edward Plaisted of Skytrax menerusi pengumumannya berkata bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad telah terpilih sebagai Lapangan Terbaik Dunia 2021.

antarabangsa

“Dirasmikan pada tahun 2014, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dengan pantas telah menjadi kegemaran pelancong dan berjaya menduduki takhta teratas dari kedudukan ketiga dunia pada tahun 2020.

“Kejayaan ini adalah usaha berpasukan, dan tahniah kami ucapkan kepada pihak pengurusan, kakitangan dan pihak berkuasa di Hamad International Airport yang membantu mewujudkannya,” katanya.

Buat anda yang ingin merasai pengalaman seakan-akan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, video di bawah membolehkan anda melihat persekitaran di sana sehingga 360 darjah.

Bagi membendung penularan wabak COVID-19 ketika ini, HIA telah menjalankan langkah-langkah pembersihan dan perkhidmatan tanpa sebarang sentuhan sepanjang mereka beroperasi.

Stesen dan kaunter utama seperti daftar masuk sendiri, penundaan beg sendiri, dan lif terminal di lapangan terbang itu telah memperbaiki perkhidmatan sedia ada dengan teknologi tanpa sentuh. 

Sistem pengesanan wajah secara automatik digunakan bagi memastikan kesemua pekerja memakai topeng.

antarabangsa

antarabangsa

Selain itu, HIA juga turut menggunakan Helmet Pemeriksaan Pintar untuk pengukuran suhu tanpa sentuh dan robot pembasmi kuman autonomi yang memancarkan cahaya UV di kawasan aliran penumpang yang tinggi.

antarabangsa

Bagi menyambut ribuan pengunjung ke Piala Dunia FIFA Qatar 2022 tidak lama lagi, HIA sedia untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat peminat bola sepak di seluruh dunia.

Lapangan terbang ini difahamkan akan mewujudkan sistem pengudaraan yang luar biasa di seluruh terminal dan memastikan sambungan udara bergerak lancar ke seluruh lapangan terbang. 

 

[Sumber]: vogue

 

Baca: AS Cadang Syarikat Penerbangan Bayar Semula Yuran Penumpang Jika Pemulangan Beg Ditangguh

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!