Lapangan Terbang Rome Bakal Sediakan ‘Teksi Terbang’ Buat Pelancong Menjelang 2024 );

Type to search

Backpackerz Berita

Lapangan Terbang Rome Bakal Sediakan ‘Teksi Terbang’ Buat Pelancong Menjelang 2024

Share
rome

Pengunjung yang tiba di Rome bakal menerima sebuah fasiliti baru apabila negara berkenaan dikatakan sedang dalam perancangan untuk menyediakan ‘teksi terbang’ buat kemudahan para pelancong.

Bermula tahun 2024, penumpang yang tiba di  Lapangan Terbang Fiumicino Rom akan diterbangkan ke pusat bandar dengan menaiki teksi udara dengan dua tempat duduk berkuasa bateri.

Ketua Pegawai Eksekutif Aeroporti di Roma (AdR), Marco Troncone berkata, perjalanan berlepas dan mendarat akan mengambil masa kira-kira 15 minit, berbanding 45 minit jika menaiki kereta.

“Pergerakan akan menjadi sangat pantas dengan perjalanan yang selamat dan tahap pelepasan gas akan menjadi sifar,” katanya.

Volocopter yang diasaskan pada 2011, difahamkan akan memilki lesen udara komersial daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) dan akan memulakan operasi pada tahun 2024.

rome

rome

Ibu kota Itali itu dilihat sebagai bandar ketiga paling sesuai untuk projek berkenaan mula beroperasi dan ianya sangat sesuai dilancarkan pada tahun berkenaan kerana Sukan Olimpik bakal berlangsung.

Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Rome, Italy, alang-alang tu tunda la dulu ke tahun 2024, dapat rasa pengalaman naik teksi terbang ke bandar dari airport.

Sambil terbang boleh layan view dari awan, syoknya!

 

[Sumber: cnn]

 

Baca Juga: Arab Saudi Bakal Bina Taman Tema Atas Pelantar Minyak Pertama Di Dunia

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!