Larangan Masuk ke Pantai Maya Bay, Thailand Dilanjutkan Sehingga 2021 - Verst Berita

Type to search

Larangan Masuk ke Pantai Maya Bay, Thailand Dilanjutkan Sehingga 2021

Berita

Larangan Masuk ke Pantai Maya Bay, Thailand Dilanjutkan Sehingga 2021

Share
  • Kepulauan ini terdiri daripada bukit kapur curam berbentuk cincin yang mengelilingi dua teluk cetek, Maya Bay dan Loh Samah.
  • Namun, pihak berkuasa memutuskan untuk menutup Maya Bay selepas laporan bahawa sehingga 80% karang di teluk telah mati.
  • Mengikut perancangan, destinasi yang indah di Laut Andaman ini tidak dapat diakses pelancong selama lebih daripada dua tahun setengah bagi proses pemuliharaan.

Jika sebelum ini, ‘kecoh’ di media sosial bahawa Taman Negara Mu Ko Phi Phi bakal ditutup kepada pelancong selama sekurang-kurangnya lima tahun, termasuk Maya Bay. Adakah ini benar?

Thailand's Maya Bay beach

Kerosakan alam sekitar di pulau yang terkenal dengan penggambaran filem The Beach, lakonan Leonardo DiCaprio berpunca daripada lambakan pelancong secara berterusan sehingga mencecah 5 ribu pengunjung dalam masa sehari. 

Bayangkan, kepadatan pelancong luar dan tempatan yang tidak terkawal telah mengakibatkan kerosakkan terumbu karang dan mengancam hidupan laut yang lain.

Taman Negara Mu Ko Phi Phi

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa ekosistem marin di teluk itu sedang dalam pemuliharaan dan perkembangan positif dilihat apabila sekumpulan ikan jerung sudah mula berenang kembali ke kawasan pelancongan terkenal tersebut.

Setelah pertama kali diumumkan ditutup pada Jun tahun lalu, pihak berwajib mengambil keputusan untuk menunda tempoh pembukaan sehingga tahun 2021 nanti. Keputusan sebulat suara ini diambil berdasarkan hasil kajian oleh sekumpulan pencinta alam dan saintis.

Maya Bay, Thailand

“Sistem ekologi di Maya Bay semakin beransur baik sejak penutupan setahun yang lalu. Kehadiran Blacktip reef sharks telah dilihat dan karang-karang terus berkembang semula” – Ketua Taman Negara


Aerial view of Phi-Phi Leh island with Maya Bay & Pileh Lagoon. Krabi province, Thailand

Jadi, bersabarlah ye semua, korang masih boleh layan island hopping di pulau-pulau lain yang berdekatan seperti Phi Phi Island, Ko Phi Phi, Phang Nga Bay dan banyak lagi.

Nak lagi mudah dan lebih menjimatkan, melancong sahaja ke pulau-pulau di Malaysia. Laut biru, pasir putih dan hidupan marin di Sabah dan Terengganu menanti kunjungan korang. #DekatJe

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!