Le Meridien Bakal Bertapak Di Pulau Pinang, Dibangunkan Bersama Projek LRT dan Pusat Beli-Belah );

Type to search

Backpackerz Berita

Le Meridien Bakal Bertapak Di Pulau Pinang, Dibangunkan Bersama Projek LRT dan Pusat Beli-Belah

Share
Le Meridien

Syarikat hartanah terkemuka, Marriott International mengumumkan telah menandatangani perjanjian dengan Rackson Hospitality Sdn. Bhd untuk membawa jenama hotel Le Méridien kelahiran Paris ke Pulau Pinang.

Sebagai sebahagian daripada pembangunan Penang Gateway, hotel Le Méridien Pulau Pinang yang mempunyai 200 bilik bakal dibina berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.


Baca Juga: Batalkan Perjalanan Ke 18 Buah Negara Ini, Varian Omicron Berisiko Tinggi


Hotel yang diberi nama ‘Le Méridien Penang Airport’ itu akan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan komprehensif yang terdiri daripada menara kediaman bebas, pusat perubatan, komersial, dan ruang beli-belah.

Sebuah jambatan penghubung akan menghubungkan hotel tersebut ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pembinaan hotel dijadualkan bermula pada pertengahan 2022 dan dijangka siap pada penghujung 2026.

Naib Presiden Marriott International Singapura, Malaysia dan Maldives, Rivero Delgado berkata usaha itu merupakan komitmen pihaknya untuk terus meluaskan empayar di negara ini.

“Kami yakin bahawa Le Méridien Pulau Pinang akan meningkatkan tawaran hospitaliti di pulau berkenaan dan akan memberi inspirasi kepada pelancong untuk meneroka dunia dengan bergaya,” katanya.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif kumpulan Rackson, Kelvin Lor berkata, bahagian hadapan bangunan hotel akan menyerlah dengan elemen reka bentuknya.

“Apabila Penang Gateway siap, saya percaya ia berpotensi untuk menjadi mercu tanda ikonik yang boleh diakses di tengah-tengah Bayan Lepas yang akan meningkatkan taraf ekonomi dan seni bina bandar ini,” tambah Lor.

Le Méridien Penang Airport direka oleh SA Architects Malaysia dan akan menampilkan ‘sky bridge’ yang menghubungkan tetamu terus ke pusat membeli-belah bersebelahan.

Ia juga menawarkan akses kepada tetamu ke kawasan perindustrian Bayan Lepas dan Georgetown, dengan jarak pemanduan masing-masing sejauh 15 dan 25 minit.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!