Lounge In The Sky: Restoran Terapung Di Awan Pertama Indonesia Bakal Dibuka );

Type to search

Asia Backpackerz Berita

Lounge In The Sky: Restoran Terapung Di Awan Pertama Indonesia Bakal Dibuka

Share
the

Ketinggian merupakan satu perkara yang mungkin ditakuti oleh sesetengah pihak dek kerana pemandangan dari atas langit yang dianggap mengerikan.

Namun begitu, sebuah restoran tergantung di langit bakal dibuka bermula Januari tahun hadapan di Indonesia.

Mangkuluhur City dengan kerjasama DITS Asia akan menyediakan pengalaman menjamu selera yang unik dengan ketinggian 50 meter di langit Jakarta. Orang ramai yang ingin merasai hidangan mewah di atas awangan, kini sudah boleh membuat tempahan dalam talian.

the

Program ini merupakan sebahagian daripada Dinner in The Sky yang berpangkalan di Belgium, yang telah menarik minat orang ramai untuk menjamu selera di sekitar 60 negara di seluruh dunia.

Para pengunjung mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dengan ketinggian 135 sentimeter dan berat maksimum 150 kilogram, untuk mencuba Lounge In The Sky (LITS) di Jakarta. 

Ruang istirahat pula boleh memuatkan sehingga 32 orang dan akan terbahagi kepada dua sesi pada hari bekerja iaitu pada jam 5 pm-6 pm dan 6.30 pm-7.30 pm dan tiga sesi pada hujung minggu iaitu 5pm-6pm, 6.30pm-7.30pm, dan 8pm-9pm.

the

Para tetamu akan dihidangkan 4-5 hidangan dengan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut semasa makan malam selama satu jam. 

Sekiranya anda berminat, bolehlah membuat tempahan tempat duduk di laman web www.lits.asia Difahamkan ketika ini, lebih 5,000 tetamu telah didaftarkan dalam senarai menunggu.

Buat anda yang nak melancong ke Indonesia bolehlah berkunjung ke Lounge In The Sky (LITS) bermula tahun hadapan. Kalau nak berbulan madu pun sesuai di sini!

 

[Sumber: coconuts]

 

Baca Juga: Lapangan Terbang Rome Bakal Sediakan ‘Teksi Terbang’ Buat Pelancong Menjelang 2024

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!