MAHB Catat Tiga Juta Pergerakan Penumpang Pada Julai 2021 );

Type to search

Backpackerz Berita

MAHB Catat Tiga Juta Pergerakan Penumpang Pada Julai 2021

Share
mahb

Pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat 28.1 peratus tahun ke tahun kepada 3.3 juta penumpang pada bulan Julai 2021, melepasi angka tiga juta untuk pertama kalinya tahun ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 13 Ogos, pengendali lapangan terbang itu berkata kebanyakannya disumbangkan oleh trafik yang kembali pulih di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SGIA) berikutan kelonggaran sekatan perjalan pada awal bulan Jun.

Sektor domestik dan antarabangsa masing-masing meningkat 198.7 peratus dan 0.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2020, masing-masing mencatat 1.1 juta dan 2.2 juta penumpang, katanya.

BACA: Jualan Komersial MAHB Merundum Sebanyak 85% 

“Berasaskan tempoh 12 bulan, rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan penurunan 68 peratus kepada 28.8 juta penumpang.

klia airport

“Keseluruhan pergerakan pesawat menurun satu peratus dengan pergerakan antarabangsa mencatat pertumbuhan 105.2 peratus manakala pergerakan domestik merosot 22.8 peratus pada Julai 2020,” katanya.

MAHB berkata lapangan terbangnya di Malaysia mencatatkan 300,000 penumpang pada bulan Julai 2021, penurunan 80.1 peratus berbanding Julai 2020.

Di sektor antarabangsa dan domestik masing-masing mencatatkan penurunan 20.2 peratus dan 84.6 peratus masing-masing kepada 73,000 dan 189,000 penumpang, katanya.

“Pergerakan pesawat antarabangsa mencatat pertumbuhan 31.4 peratus sementara pergerakan pesawat domestik jatuh 57.6 peratus.

Sementara itu, jumlah penumpang di SGIA terus mencatat pertumbuhan dengan peningkatan 141.8 peratus pada Julai 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang berjumlah tiga juta penumpang.

“Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing meningkat 275 peratus dan 106.5 peratus dengan hampir satu juta dan dua juta penumpang.

“Jumlah pergerakan pesawat pula meningkat 110 peratus. Pergerakan pesawat antarabangsa dan domestik mencatat kenaikan masing-masing 204.7 peratus dan 77.8 peratus berbanding Julai 2020,” katanya.

Sementara itu, ia berkata pergerakan kargo di Malaysia mencatat pertumbuhan 13.6 peratus untuk Julai 2021 berbanding Julai 2020, ia menghasilkan peningkatan 50 peratus dalam pergerakan pesawat yang membawa kargo.

[Sumber: Bernama]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!