Malaysia Airlines Bakal Hentikan Perkhidmatan Pesawat AirBus A380

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

Malaysia Airlines Bakal Hentikan Perkhidmatan Pesawat AirBus A380

Share

Malaysia Airlines secara sahnya akan menghentikan penerbangan pesawat Airbus A380 dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi.

Malaysia Airlines merupakan antara pelanggan terakhir Airbus yang membeli pesawat berkenaan dan menerima penyerahan pertamanya pada tahun 2012.

Memiliki enam buah pesawat Airbus A380 yang beroperasi di laluan yang berbeza, ia juga digunakan oleh syarikat penerbangan untuk mengendalikan urusan haji antara dua buah negara di Kuala Lumpur dan Jeddah di Arab Saudi.

airlines

Ketua Kapten Eksekutif Kumpulan syarikat penerbangan, Izham Ismail, mengulas,

“Kami tahu tentang cabaran untuk menjual pesawat ini. Namun, kami sedang mencari jalan untuk melupuskannya. Buat masa sekarang, pihak pengurusan yakin bahawa pesawat A380 tidak sesuai untuk rancangan masa depan.”

Beberapa tahun lalu, Malaysia Airlines pernah berhasrat untuk sama ada menjual pesawat dua tingkat itu atau menjadikannya satu penerbangan khas untuk membawa jemaah Haji dan Umrah dari negara Asia Tenggara ke Arab Saudi.

“Sasarannya adalah untuk menubuhkan satu infrastruktur dan sistem pengangkutan udara khusus untuk jemaah haji dan umrah dari negara-negara ASEAN,” Izham Ismail.

airlines

Dengan kerjasama syarikat Malaysia Aviation Group (MAG), perkhidmatan penerbangan baharu itu akan dikenali sebagai Amal.

 

Sumber: traveldailymedia

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!