Malaysia Airlines Antara Syarikat Penerbangan Pertama 'Test' IATA Travel Pass );

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

Malaysia Airlines Antara Syarikat Penerbangan Pertama ‘Test’ IATA Travel Pass

Share
malaysia airlines

Malaysia Airlines adalah antara syarikat penerbangan global pertama yang sedang menguji IATA Travel Pass – aplikasi telefon mudah alih bagi pengesahan kesihatan secara digital.

Sebagai persediaan sebelum memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital di aplikasi mudah alih sendiri, Malaysia Airlines menjelaskan ujian ke atas pas perjalanan IATA itu akan libatkan penumpang penerbangan dari KL ke London bagi tempoh 29 April 2021 hingga 27 Mei 2021.

“Penumpang terpilih bagi perjalanan menerusia penerbangan MH4 pagi ini menjadi yang pertama mendapat akses kepada aplikasi baharu tersebut.

“Ia menyediakan semua maklumat yang perlu diketahui penumpang dalam satu aplikasi mudah dan senang digunakan,” menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan Khamis.

iata tarvel pass
Aplikasi pas kesihatan digital di smartphone yang membolehkan penumpang travel menaiki kapal terbang.

Sebagai permulaan, hanya penumpang yang gunakan smartphone IOS sahaja yang mempunyai akses kepada aplikasi ini.

Aplikasi ini merupakan langkah seterusnya Malaysia Airlines untuk lancarkan semula perjalanan yang selamat dan terjamin – menerusia kerjasama kerajaan, pihak berkuasa sempadan, rakan syarikat penerbanagan dan pihak berkepentingan lain untuk merealisasikannya.

“Ujian tersebut juga dapat membentuk versi akhir Pas Kesihatan Perjalanan Digital syarikat penerbangan ini secara wajar, dengan ambil kira faktor teknikal dan budaya suapay jadi lebih mesra pengguna dan penumpang,’ jelasnya.

Menurut Malaysia Airlines, aplikasi IATA Travel Pass membolehkan syarikat penerbangan untuk tingkatkan lagi kemudahan travel yang mudah diakses oleh penumpang dan pada masa yang sama dapat kekalkan piawaian pematuhan SOP. – BERNAMA

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!