Rakyat Malaysia Mungkin Dibenarkan Ke Singapura Menggunakan MySejahtera Sebagai Pasport Vaksin );

Type to search

Backpackerz Berita

Rakyat Malaysia Mungkin Dibenarkan Ke Singapura Menggunakan MySejahtera Sebagai Pasport Vaksin

Share
Malaysia

Malaysia sedang dalam perbincangan dengan Singapura untuk mengiktiraf MySejahtera sebagai ‘pasport vaksin’ bagi tujuan pengesahan status vaksin terutama bagi mereka yang keluar masuk ke negara Republik itu. 

Memetik laporan The Star, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa negara lain bagi tujuan sama, penggunaan MySejahtera sebagai pasport vaksin bagi rakyat Malaysia.

“Sebaik sahaja anda mempunyai profil kuning di MySejahtera, ini bermakna anda telah divaksinasi sepenuhnya atau menerima dua dos.

“Kami akan menggunakan kod QR sebaik sahaja Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Kecemasan Covid-19 mengesyorkan untuk memberi kebebasan tertentu (seperti perjalanan antarabangsa) yang tidak dibenarkan pada masa ini,” kata Khairy.

Menurut beliau, perbincangan dengan negara jiran itu kini sudah hampir dimuktamadkan. pasport vaksin

malaysia
Haji Lane, Singapura
Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!