Malaysia telah menarik balik larangan perjalanan sementara terhadap lapan negara yang sebelum ini dikuatkuasakan selepas kemunculan varian Omicron.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata negara-negara tersebut kini diklasifikasikan sebagai negara berisiko tinggi.
Lapan negara itu ialah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.
BACA JUGA: Pelancong Dari 11 Negara Ini Wajib Jalani Kuarantin Sebelum Masuk Sabah
“Memandangkan varian Omicron berasal dari banyak negara sumber, maka larangan perjalanan sementara kini akan ditarik balik dan kes di negara Afrika Selatan juga dilaporkan menurun.
“Negara-negara ini kini disenaraikan sebagai negara berisiko tinggi bersama 10 negara lagi iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Perancis, Denmark, India, Kanada, dan Nigeria,” katanya dalam sidang media hari ini.
Khairy berkata pengembara dari 18 negara ini akan dilengkapi dengan penjejak digital apabila tiba di Malaysia dan sepanjang tempoh kuarantin mereka.
Beliau menambah, Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan mereka ke negara-negara berisiko tinggi ini.
[Sumber: New Straits Times]
Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.
