Maldives Rancang Buka Gelembung Perjalanan Bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Type to search

Backpackerz Berita

Maldives Rancang Buka Gelembung Perjalanan Bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Share
maldives

Berita gembira menanti penduduk di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila Maldives sedang dalam proses perbincangan untuk membenarkan aktiviti pelancongan antara kedua buah negara itu.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maldives sedang dalam proses membuka aktiviti pelancongan melalui gelembung perjalanan yang akan membolehkan pelancong yang divaksinasi untuk berkunjung secara bebas.

Rancangan berkenaan dijangka akan diumumkan secara rasmi pada awal bulan Jun tahun ini.

maldives

Menurut Aminath Shabeena, duta besar Maldives, rancangan ini membolehkan setiap tetamu yang telah menerima dua dos vaksin yang diluluskan oleh Organisasi Kesejahteraan Dunia, untuk melakukan perjalanan antara 2 negara tanpa perlu menunjukkan hasil ujian PCR.

Melalui satu persidangan, Thoyyib Mohamed yang merupakan pengarah urusan Perbadanan Pemasaran & Perhubungan Awam Maldives, memberikan perincian lebih lanjut mengenai inisiatif ‘3V’, yang akan membolehkan pelancong mengunjungi, divaksin dan bercuti di kepulauan Lautan Hindi.

maldives

Untuk mengetahui lebih lanjut, tekan pautan ini youtube.com untuk dengar penjelasan Thoyyib Mohamed di Arabian Travel Market.

Negara itu juga mengumumkan rencana untuk menawarkan vaksin Covid-19 kepada pelancong dalam usaha membangunkan semula sektor pelancongan yang telah lama terhenti.

 

Sumber: newsfactory

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!