Maldives Rai Pelancong ke-500,000 - 'Sponsor' Penginapan Villa Pulau Mewah Berharga RM35 ribu - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Maldives Rai Pelancong ke-500,000 – ‘Sponsor’ Penginapan Villa Pulau Mewah Berharga RM35 ribu

Avatar
Share
  • Maldives telah membuka pintu sempadan kepada pelancong luar sejak 15 Julai.
  • Pada 19 Disember lalu, kepulauan ini mencatatkan jumlah ketibaan tertinggi dalam sehari dengan 4,567 pengunjung.
  • Pelawat tidak perlu menjalani hasil ujian negatif atau dikenakan tindakan kuarantin untuk masuk ke sini.

pelancong

Buat pertama kalinya dalam sejarah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi, Maldives telah menerima anugerah World’s Leading Destination oleh WTravel Awards 2020.

Maldives memperkenalkan salah satu dasar pintu sempadan yang paling terbuka di dunia kerana pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kerugian sektor pelancongan.

Pelawat tidak lagi memerlukan hasil keputusan negatif untuk memasuki negara pulau ini. Maldives merupakan negara pulau yang bergantung sepenuhnya kepada pelancongan dan menyatakan, individu yang bercuti ke sini tidak perlu dikenakan kuarantin.

Dasar keterbukaan yang diambil dalam sektor pelancongan dikira sebagai pendekatan cukup berani demi merancakkan semula ekonomi negara kepulauan itu.

Pelancong
Courtesy of Summer Island
Pelancong
Foto - Michu travel via IG

Baru-baru ini, Maldives telah meraikan kedatangan pelancong ke 500,000 bagi tahun 2020 yang cukup mencabar.

Pengunjung bertuah itu tiba dari Jerman melalui penerbangan Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana pada 17 Disember lalu.

Kirstin Madeleine Nittke telah disambut meriah menerusi upacara penting yang diraikan oleh Kementerian Pelancongan, bersama dengan Perbadanan Pemasaran dan Perhubungan Awam Maldives (MMPRC), Imigresen Maldives serta Maldives Airports Company Limited (MACL).

Sepanjang sambutan ketibaan, persembahan aktiviti budaya Maldivia, Bodu Beru dan Dhandi Jehun dimainkan secara langsung oleh kumpulan tradisional boduberu, Bhidabin.

Kirstin Madeleine Nittke menerima hadiah khas iaitu produk dari Maldives Wave, Siri Velaa dari koleksi Liyela. Penyampaian diberikan oleh Dr. Naushad Mohamed, Timbalan Menteri Pelancongan.

Tajaan penginapan percuma selama tujuh malam di island villa dengan kelengkapan penuh di Coco Palm Bodu Hithi merupakan hadiah utama. 

Pelancong

Setelah mencapai kejayaan ini, Menteri Pelancongan, Yang berhormat Dr. Abdulla Mausoom menyatakan, melepasi pencapaian ini pada tahun 2020 yang mencabar adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.


“I take this opportunity to convey heartfelt appreciation to the Health Protection Agency, health professionals, related government authorities, and volunteers for their hard work to brand the Maldives as a safe and secure destination to the international community. A very warm applause to the lovely Maldivians for this remarkable achievement. #TogetherWeCan.”


Maldives menjangkakan bahawa akan mencapai peningkatan kedatangan puncak pada tahun 2021, dengan kenaikan hingga 1.5 juta ketibaan pelancong.

Pelancong
Coco Bodu Hithi, Maldives
Pelancong
Swimming pool
Pelancong
Beachfront terrace
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!