MAS Jual Produk Premium Eksklusif Dalam Online );

Type to search

Backpackerz Berita ecommerce

MAS Jual Produk Premium Eksklusif Dalam Online

Share

Baru-baru ini apabila tularnya kacang masin yang dijual oleh Malaysia Airline mendapat sambutan hangat, kini syarikat tersebut juga menawarkan produk premium eksklusif melalui kedai dalam talian miliknya, Temptations

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines Bhd, Lau Yin May berkata inisiatif terbaru ini menawarkan pelanggan citarasa pengalaman dalam penerbangan ‘Malaysian Hospitality’ premium terutama bagi mereka yang rindu untuk ‘terbang’ bersama MAS.

Kit Kebersihan business class.

Selimut dua tona dengan corak ikonik Malaysia Airlines, Wau Bulan.

Beliau berkata barangan eksklusif seperti set pijama, kit kebersihan (penjagaan diri) dan selimut yang hanya disediakan dalam penerbangan, kini sudah boleh didapati dalam online dan boleh terus membelinya.

‘Semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat yang rindu hendak terbang kembali kini sudah berpeluang untuk recreate balik pengalaman mereka dengan memiliki barangan kabin Malaysia Airlines dari rumah,’ katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kit kebersihan (set penjagaan diri) Suite Perniagaan eksklusif syarikat penerbangan negara yang dihasilkan dengan kerjasama jenama barangan kulit mewah buatan tangan berpangkalan di London, Aspinal of London, mengandungi pelbagai keperluan perjalanan yang awesome seperti produk penjagaan kulit dan badan PAYOT, boleh dibeli dengan harga RM99.

Manakala selimut Business Class dua tona, yang diperbuat daripada campuran kapas dan poliester serta menampilkan Wau Bulan ikonik ini pula berharga RM110, sementara set pijama Business Suite edisi terhad pula boleh didapati dengan harga RM199 sahaja.

Jadi jom gais, korang yang rindu nak naik kapal terbang mesti nak beli untuk jadikan koleksi peribadi. Klik berita lain tentang Malaysia Airlines.

[Sumber: Bernama]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!