Media China 'Kantoi' Guna Video Berlatarbelakangkan Swiss Alps Untuk Promosi Pelancongan

Type to search

Backpackerz Berita

Media China ‘Kantoi’ Guna Video Berlatarbelakangkan Swiss Alps Untuk Promosi Pelancongan

Share
China tipu video Swiss Alps

Sebuah media China menerima kecaman di media sosial selepas ia menggunakan sebuah video berlatarbelakangkan pergunungan Swiss Alps untuk mempromosi negara itu.

Dalam sebuah hantaran di Twitter 10 Mei lalu, China Daily yang juga milik parti pemerintah kerajaan China memuat naik video dengan kapsyen “Tidakkah anda mahu melawat lokasi yang damai ini dan menikmati masa bermain dengan anjing anda di sebuah perkampungan lereng bukit? #GlamorChina”

Video berkenaan asalnya adalah milik seorang YouTuber, michelphotographych yang tinggal di Brienz, di utara pergunungan Swiss Alps.

China Daily turut membuang watermark asal dan menambah watermark milik mereka, serta menterbalikkan kedudukan video asal YouTuber berkenaan.

Netizen pantas menyedari perkara itu dan memaklumkan kepada pemilik asal video. Ruang komen turut dihujani dengan pelbagai kecaman atas sikap tidak bertanggungjawab media itu.

“Anda telah mencuri video ini dari saya dan dari Switzerland. Anda harus padam tweet ini,” tulis Michel dalam satu tweet balas kepada China Daily.

Setelah mendapat kecaman hebat di sosial media, China Daily telah memadam hantaran tersebut daripada Twitter.

Berikut adalah video asal dari YouTube Michel:

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!