Mekah Bakal Miliki Pusat Beli Belah 'Massar Mall' Terbesar? );

Type to search

Backpackerz Berita

Mekah Bakal Miliki Pusat Beli Belah ‘Massar Mall’ Terbesar?

Share
mekah

Mekah menjadi salah satu kota di muka bumi yang disebut Nabi SAW bahawa ia akan menunjukan beberapa tanda bahawa kiamat sudah dekat.

Siapa sangka di Tanah Suci selepas ini bukan sahaja terletaknya Kaabah yang menjadi pusat ibadah Haji dan Umrah untuk masyarakat Islam seluruh dunia — bahkan lebih mengejutkan Mekah bakal memiliki sebuah pusat beli-belah terbesar di Tanah Suci tersebut.

Menerusi laporan Arab News, pegawai di negara itu dikatakan telah memeterai perjanjian untuk membina dan mengendalikan pusat beli-belah berkenaan yang diberi nama ‘Massar Mall’.


BACA JUGA: Rakyat Malaysia Ini Kongsi Pengalaman Berharga Terpilih Buat Umrah Norma Baharu


Perjanjian kerjasama bagi pembangunan Massar Mall melibatkan syarikat-syarikat tempatan, Umm Al-Qura bagi Syarikat Pembangunan dan Binaan, pemilik dan pelaksana projek serta Hamat Holding.

Dengan memakan belanja SR2.7 bilion (RM 3.026 bilion), kerja-kerja binaan dijangka selesai pada 2026. Perjanjian itu ditandatangani CEO Umm Al-Qura bagi Pembangunan dan Binaan, Yasser Abu Atiq dan pengerusi Hamat Holding, Saleh Al-Habib.

Kalau korang nak tahu, pusat beli-belah itu meliputi tapak seluas 71,000 meter persegi dan akan menyediakan ruang beli-belah seluas lebih 130,000 meter persegi.

Malah, pembangunan itu terletak di pintu masuk bahagian barat Massar, iaitu sebuah projek kebudayaan yang terletak di bahagian barat kota Makkah.

Pusat beli-belah itu menampilkan “banyak peralatan canggih, yang menggambarkan nilai tinggi pelaburan dan keunikan dalam industri hiburan dan membeli-belah di Arab Saudi,” menurut kenyataan itu lagi.

[Sumber: Arab News]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!